Pintu utama Fakulti Komputeran dan META - Teknlologi (META) UPSI.


SISWA jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, dipilih mewakili Malaysia ke Adobe Certified Professional World Championship di California, Amerika Syarikat pada 28 hingga 31 Julai 2024.

Pelajar semester dua daripada Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META) UPSI, Alan Tan Khee Seng, dinobatkan sebagai naib johan dalam Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2024 pada Mei 2024.

ACP World Championship merupakan program yang dipertanding pada peringkat antarabangsa bagi menguji kemahiran reka bentuk pelajar menggunakan Adobe Ilustrator, Photoshop dan InDesign, terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kolej dan Politeknik.


 

Alan Tan Khee Seng di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke California.


Khee Seng, berkata pertandingan pada peringkat antarabangsa itu sememangnya memberi satu persaingan sihat kerana wakil setiap negara pastinya melakukan yang terbaik bagi memenangi pertandingan berkenaan.

“Saya akan melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama UPSI dan Malaysia pada persada antarabangsa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Khee Seng turut diiringi Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital Meta UPSI, Ahmad Nurzid Rosli bagi memberi bimbingan dan suntikan semangat sepanjang menyertai pertandingan itu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga atas pencapaian Khee Seng itu sekali gus mengharumkan nama UPSI pada persada antarabangsa. - KitaReporters


18
12
0
19
0

Copy Link: