Kukuhkan jaringan industri, pengkomersialan! UPSI ada 3 Timbalan Dekan! Demi kebolehpasaran graduan!
Published byUPSI berusaha meningkatkan kebolehpasaran graduan.
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, mewujudkan jawatan Timbalan Dekan (Jaringan Industri dan Pengkomersialan) bagi mengukuhkan pentadbiran terutama dari segi aspek jaringan industri dan pengkomersialan.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata UPSI menyasarkan lebih banyak jalinan hubungan dengan pihak industri diadakan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Mahasiswa UPSI, katanya, selain menjalani latihan mengajar di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka juga menjalani latihan industri dengan syarikat korporat yang menjalin kerjasama dengan UPSI.
“Justeru itu, UPSI bertindak proaktif dengan melantik tiga akademia yang sesuai dengan potensi untuk menjadi Timbalan Dekan (Jaringan Industri dan Pengkomersialan),” katanya pada 23 Julai 2024.
Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan
Dr Muhamad Hariz Muhamad Adnan dilantik untuk Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Dr Izzal Khairi Ramli (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif) dan Dr Nor Mashitah Mohd Radzi dari Fakulti Pembangunan Manusia yang berkuat kuasa pada 16 Julai 2024.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr
Suriani Abu Bakar pula menzahirkan ucapan tahniah kepada tiga akademia berkenaan
yang diharapkan membawa kecemerlangan kepada fakulti masing-masing.
“Pelantikan ini adalah satu langkah penting untuk
memperkukuh jaringan antarabangsa, meningkatkan kualiti pendidikan dan
menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
“Industri akan mendapat manfaat daripada hasil penyelidikan dan perundingan dalam bentuk pengkomersilan produk penyelidikan, inovasi dan kepakaran warga UPSI,” katanya. - KitaReporters
Dr Izzal Khairi Ramli
Dr Nor Mashitah Mohd Radzi