.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemakaian lencana Jalur Gemilang ke atas semua pelajar sekolah bukan suatu perkara yang membebankan sebaliknya ia dilaksanakan untuk mendidik golongan itu supaya mengasihi negara yang dicintai.

"Apa yang susah, (lencana) bendera itu diberi percuma, lekat sahajalah. Banyak negara-negara jiran dah buat lama dah... kita bincang sana bincang sini. Buat sajalah.

"Supaya anak-anak itu daripada awal dididik untuk kasih juga kepada negara, itu sahaja.

"Saya tidak berfikir hal ini pun nak dijadikan polemik panjang. Tengok negara-negara lain, jiran (kita) ...yang saya tahu kebanyakannya sudah lama amalkan.

"Jadi bila dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan, cadangan sudah lama tertangguh, saya putuskan dan Jemaah Menteri setuju supaya dapat dilaksanakan segera dengan pemberian percuma," jelas Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya pada 28 Mac 2025.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan di bawahnya mulai 21 April 2025 secara berperingkat-peringkat.

Ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik, kata KPM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Mac 2025. - KitaReporters

10
7
0
9
0

Copy Link: