Kakitangan perubatan UniSZA membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir di Pahang. - Kredit gambar Media UniSZA


PENGALAMAN luas dalam bidang kesihatan dan perubatan memberi peluang kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menyediakan kakitangan perubatan untuk memberi perkhidmatan kepada mangsa banjir di Pahang.

Usaha murni UniSZA membawa kakitangan perubatan turun padang memberi kelainan kerana ia agak jarang dilakukan oleh universiti awam lain di negara ini dalam misi bantuan pascabanjir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA



Prof Dr Fadzli Adam


Naib Cancelor UniSZA, Prof Dr Fadzli Adam, berkata menerusi program misi bantuan tersebut UniSZA turut menghantar 100 sukarelawan termasuk 18 kakitangan perubatan untuk membantu mangsa banjir di daerah Bera dan Kuantan, Pahang, bagi meringankan beban ditanggung oleh mangsa bencana di negeri tersebut.

Katanya, semua 18 kakitangan perubatan dari Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) bertujuan bagi memenuhi keperluan dalam Misi Bantuan Pascabanjir UniSZA di Pahang.

Menurutnya, PPHU yang disertai doktor dan jururawat itu membuat pemeriksaan asas kesihatan selain merawat luka-luka kecil mangsa di kediaman masing-masing.


Seorang mangsa banjir  yang mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor UniSZA.


Beliau berkata, UniSZA akan terus berhubung dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang.

"UniSZA juga bersimpati serta turut sama bersolidariti dengan semua mangsa banjir yang masih bergelut untuk kembali kekehidupan normal.

“Berbekalkan pengalaman yang ada pada kakitangan perubatan, UniSZA mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

"Setakat ini, seramai 151 pelajar UniSZA yang telah terjejas banjir mendapat bantuan wang tunai RM500 selain 500 keluarga dari komuniti luar turut mendapat bantuan dari UniSZA," katanya.

Tambah beliau, petugas perubatan sukarelawan universiti tersebut yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan turut membantu membersih rumah yang terbabit dalam bencana berkenaan. 

“Misi bantuan tersebut berkenaan melakukan kerja-kerja  pembersihan di rumah-rumah dan kawasan taman yang terjejas selain memberi bantuan makanan dan peralatan asas kepada penduduk," ujarnya. - KitaReporters


Kakitangan perubatan UniSZA turun padang membantu mangsa banjir di Pahang.


Sukarelawan UniSZA yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti turut membantu membersih rumah mangsa banjir.

 

20
25
1
27
0

Copy Link: