150 sertai Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Ke-2! Memperkasa disiplin dan praktis kerja sosial!
Published byLebih 150 peserta menghadiri Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023.
Persidangan dua hari ini disertai agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ISM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pekerja sosial, pendidik kerja sosial dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar siswazah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi lain.
Prof Dr Mohd Foad Sakdan.
Sempena persidangan ini Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman turut menyampaikan ucaptama.
Manakala beberapa pelajar sarjana dan pengamal kerja sosial turut membentangkan kertas kerja mereka.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan yang ditemui berkata, persidangan yang dianjurkan oleh Program Pengurusan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) secara hybrid ini diharap dapat dikongsi oleh intelektual sebagai wahana dalam memperkasa dan memartabatkan disiplin dan praktis kerja sosial di Malaysia khususnya.
“Saya yakin keilmuan dan pengalaman semua peserta dapat digemblengkan ke arah mewujudkan Malaysia yang maju, sejahtera dan harmoni nanti,” ujar beliau lagi. - KItaReporters