Pemangku Raja Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seramai 42 kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima Anugerah Khidmat Setia 10 tahun dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 dan 2022 di Putra Regency Hotel, Kangar pada 24 Ogos 2023.

Pemangku Raja Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan anugerah-anugerah itu yang turut dihadiri Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda mengucapkan tahniah kepada semua penerima yang diraikan pada majlis itu.

Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan tidaklah sama nilainya dengan majlis yang dianjurkan ini namun baginda berharap kesemua yang diraikan akan terus menyemai bakti kepada KUIPs.


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan anugerah pada staf KUIPs.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar dengan penerima Anugerah 10 tahun perkhidmatan mereka dengan kampus ini.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyumbang secara kritikal kepada pembangunan dan kemajuan negeri Perlis ini pastinya jasa dan pengorbanan stafnya perlu diraikan.

Baginda berharap kakitangan kampus ini akan terus menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian yang lebih cemerlang nanti supaya menjadi suntikan semangat dan cetusan inspirasi kepada mereka yang lain untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang juga.

Titah baginda, pengurusan budaya kerja cemerlang memerlukan kemahiran, strategi dan persediaan yang mencukupi bagi mewujudkan corak pengurusan yang baik seperti pemilihan kakitangan, pemilihan majikan, latihan dalam pengurusan dan pentadbiran, kerjasama dalam pasukan, pengurusan masa dan sebagainya.

Oleh itu, KUIPs memerlukan pengetahuan dan kemahiran, tenaga dan persiapan metaliti untuk mencorakkan sistem pengurusan dan akademik yang baik bagi melahirkan pelajar yang dapat menyumbang bakti kepada bangsa dan negara.


Kibaran Jalur Gemilang pada majlis itu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama staf KUIPs mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam pada itu, Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle ketika menyingkap sejarah awal penubuhannya pada tahun 2013 berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi memantapkan sistem pentadbiran yang sedia ada bermula dengan penubuhan ketika itu termasuk pemilihan kakitangan yang berkaliber dan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman bagi memantapkan kampus ini.

Kini KUIPs yang telah menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini  akan terus berusaha untuk menaikkan nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi mencapai impian itu kerjasama dan kesungguhan semua warga KUIPs amat perlu termasuklah usaha untuk meramaikan lagi kemasukkan pelajar ke KUIPs.

“Moga kerjasama dan kesepakatan antara warga kampus ini akan menjadi kunci paling utama dalam menjayakan agenda universiti ini,” sambung rektor lagi. - KitaReporters



Ceria dengan kibaran Jalur Gemilang.

7
10
0
15
0

Copy Link: