USIM ada! Kau ada? Lantik 10 Influencer! Pempengaruh sosial bagi tingkatkan keterlihatan universiti!
Published byPempengaruh media sosial kini dianggap memiliki tahap interaksi yang tinggi dengan pengikut mereka dan mampu mengaut jumlah pengikut dalam masa yang singkat.
Menggunakan pempengaruh dalam strategi pemasaran produk, perkhidmatan dan sebagainya dilihat sebagai keperluan dan adakalanya sebagai ‘jalan singkat’ untuk sampai kepada masyarakat.
Trend masyarakat kini lebih serasi dengan membuat carian pantas menerusi internet yang berpaut dengan beberapa platform sosial media menjadikan ia tidak sukar.
Iklan atau promosi yang memaparkan visual dan kenyataan tulisan yang lebih jelas memberi kesan yang lebih ‘menangkap mata’ dan mampu menarik perhatian dan respons.
Begitu juga golongan muda yang berpengaruh mempunyai pelbagai metod yang digunakan yang dilihat wajar untuk memberi tarikan, impak dan sampai kepada masyarakat luar.
Memenuhi hasrat tersebut, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melantik 10 pempengaruh dalam kalangan pelajar dan alumni yang berkreadibiliti, meyakinkan dan berdaya meningkatkan kepercayaan masyarakat untuk bertindak sebagai penyampai maklumat yang akan membantu mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan USIM.
Ia berlangsung bersempena Majlis Bersama Media 2024 yang diadakan di Hotel Marriott Putrajaya.
Pempengaruh media sosial yang dilantik perlu menepati
kriteria yang ditetapkan antaranya mempunyai jumlah pengikut melebihi 10 ribu
daripada pelbagai platform media.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, “pelantikan barisan USIM Influencer sebagai duta kepada nilai teras dan visi USIM berlandaskan aspirasi USIM iaitu ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’.
Mereka bukan sahaja berperanan sebagai penyebar maklumat, tetapi juga sebagai ejen perubahan yang mampu memberi inspirasi kepada generasi muda.
"Dengan platform digital yang semakin berkembang, saya yakin bahawa USIM Influencer ini akan membantu meningkatkan keterlihatan USIM melalui pelbagai bentuk inisiatif dan kerjasama penganjuran program," katanya.
Husaini Mahmur, yang juga merupakan Ikon Seni USIM turut antara yang dilantik sebagai Pempengaruh USIM.
Lima pelajar lain yang dilantik ialah Muhammad Luqman Abdul Samad, Ibni Umar Abdul Aziz Iswady Fazly, Aizat Lukman, Nubla Amni Izahar dan Nur Dayana Safwa Ahmad Misbah.
Manakala alumni yang kini aktif mencipta kandungan di pelbagai media sosial ialah Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, Mohamad Husaini Mahmur, Muhammad Arif Che Soh, Siti Aisyah Baa’in dan Jannatul Makwa Sutikislan.
Turut hadir bersama ke majlis Bersama Media adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, dan wakil-wakil media yang dijemput untuk meraikan sumbangan dan kerjasama kesemua mereka yang telah banyak membantu menaikkan USIM ke arus perdana. - KitaReporters/USIM