Graduan Universiti Multimedia (MMU) Muhammad Asif Shaik Saffarudin, yang pernah menghidap kanser darah, baru-baru ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Canselor, iaitu anugerah tertinggi untuk graduan pada Majlis Konvokesyen ke-25 Multimedia University (MMU) di Cyberjaya.

Muhammad Asif dinobatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik and kurikulumnya selepas berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Elektronik, major dalam Telekomunikasi, dengan CGPA 3.93.

Muhammad Asif menghidap leukemia, sejenis kanser darah pada usia 10 tahun dan kemudiannya disahkan bebas kanser pada usia 17 tahun.

Semasa ucapan penerimaannya bagi Anugerah Canselor, beliau menyatakan bahawa lima tahun yang lalu di MMU sangat bermakna kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti dan memperkenalkan perubahan bersama rakan-rakan pelajarnya.  

Anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, beliau menganggap kejayaannya ini sebagai hasil dorongan ibunya yang sentiasa memberi sokongan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. 

Dalam ucapannya, beliau mendedikasikan satu baris untuk ibunya, dengan berkata, “Ibu dan ayah, tanpa kamu dan doa-doamu, saya tidak akan berada di sini hari ini.” 



Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden MMU, berkata bahawa Asif adalah sumber kebanggaan yang besar bagi MMU, atas ketabahan yang telah ditunjukkannya. 

“Namun, Asif terus menunjukkan kecemerlangan dalam segala yang dilakukannya, dan secara peribadi, saya merasakan ia sangat menyentuh hati dan memberi inspirasi,” tambahnya.

Selain daripada Anugerah Canselor, majlis tersebut juga menyampaikan Anugerah Presiden kepada Ong Yong Xun, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian); Abimanyu Sivasankar, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Data Sains); dan Teoh Sing Jian, graduan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) (Realiti Maya).

Sepanjang konvokesyen ini, Canselor MMU Tun Zaki Tun Azmi dan Pro-Canselor, Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid menyampaikan ijazah dan pelbagai anugerah kepada para graduan, meraikan usaha keras dan pencapaian mereka.

Antara 3,657 graduan, 1,172 menerima Diploma, 2,141 menerima Ijazah Sarjana Muda, dan 344 menerima ijazah pascasiswazah, yang merangkumi ijazah Sarjana dan PhD. - KitaReporters/MMU

12
11
0
12
0

Copy Link: