PENUBUHAN Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997 memperlihatkan institusi pengajian tinggi ini komited membawa perubahan dalam bidang pendidikan khususnya di dalam negara.

Langkah penubuhan Institut Dasar dan Polisi Pendidikan Negara oleh UPSI menyaksikan usaha serta inisiatif berterusan yang bitara dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Penubuhan berkenaan juga disokong penuh oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang dimaklumkan beliau semasa hadir melancarkan portal berita e-Pena dan U-Media (Urus Setia Media Universiti). 

Majlis pelancaran tersebut berlangsung pada Khamis, 14 Oktober 2021 lalu dan portal berkenaan hasil inisiatif  bahagian Komunikasi Korporat di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPSI


Ahmad Masrizal berucap merasmikan e-Pena dan U-Media di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah. 


Menurut Dr Ahmad Masrizal, UPSI mempunyai sejarah dalam pendidikan lebih awal sejak zaman Sultan Idris Training College (SITC)

“Oleh kerana UPSI berkait rapat dengan dunia pendidikan, dengan adanya sebuah Institut Dasar dan Polisi Pendidikan Negara maka ia akan memberi kelebihan.

Saya mahukan UPSI memiliki sebuah Institusi Polisi dan Dasar yang boleh dijadikan pusat rujukan serantau dalam bidang pendidikanLangkah itu dianggap tepat dan memperlihatkan kelainan UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan yang akan membezakannya dengan universiti lain,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Shaharuddin Abu Sohot; dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Prof  Dr Robiah Yunus.


Universiti Pendidikan Sultan Idris


Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berbangga apabila UPSI merupakan sebuah universiti yang berada dalam kalangan kadar kebolehpasaran siswazah yang tinggi iaitu sebanyak 90.2% pada tahun 2020.

Beliau juga yakin UPSI mampu membuat unjuran keperluan pasaran siswazah pada peringkat negara dengan mengambil kira unjuran daripada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kebolehpasaran siswaza ini bergantung kepada beberapa perkara. Keluar dari UPSI tiba-tiba tiada kerja, itu satu soal cabaran yang baik,” ujarnya.

Sementara itu, terdahulu Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff  membentangkan sejarah, latar belakang, prasarana, pencapaian cemerlang serta perkembangan kemajuan yang dicapai UPSI sejak ditubuhkan.

Beliau berkata memiliki pelbagai kemudahan sukan bertaraf nasional dan antarabangsa, persekitaran sejarah serangan komunis, bangunan warisan, muzium, panorama indah serta di kelilingi kawasan rekreasi luar bersumberkan alam.

Katanya, Institut Dasar dan Polisi Pendidikan Negara akan  menjadi pusat pasukan pemikir, pengkaji dan pakar-pakar  yang akan mengkaji perkembangan pendidikan negara peringkat menengah, rendah mahupun tinggi.

“Pasukan  berkenaan akan merancang hala tuju pendidikan negara apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang,” katanya. - KitaReporters


Ahmad Masrizal diiringi Md Amin (tiga dari kanan) melawat ruang jualan cenderamata sempena sambutan 100 tahun UPSI

15
6
0
17
0

Copy Link: