Pastinya rakaman untuk kenangan di Anjung Tamu menjadi pilihan mereka.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) pada 12 Januari 2024 lalu yang bertujuan memperkukuh hubungan dan bertukar pandangan mengenai aspek kepimpinan serta aktiviti mahasiswa.

Delegasi UKM yang diketuai Speaker Mohamad Zikrul Safwan Azmi bersama 21 orang ahli disambut meriah oleh barisan kepimpinan MPP UUM yang dipimpin oleh Yang Dipertua MPP UUM, Mohamad Amar Aidid Mohd Zain.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Bahagian Kepimpinan dan Pemerkasaan Mahasiswa, Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (Select) UUM, Muhammad Danial Khaleq Mohd Ali.



Kesatuan Mahasiswa UKM mendengar taklimat di Anjung Tamu universiti ini.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Jabatan Komunikasi Korporat UUM, Mohd Fadzli Suhaimi memberikan taklimat ketika mereka melawat Anjung Tamu iaitu pusat informasi dan ikon universiti yang mempamerkan sejarah serta pembangunan UUM.

Delegasi ini turut dibawa melawat Anjung Tamu, pusat informasi dan ikon universiti yang mempamerkan sejarah serta pembangunan UUM.

Di sini, mereka diberi penerangan mengenai konsep unik bangunan yang menggabungkan elemen seni bina tradisional Melayu dan Islam.

Delegasi turut tertarik dengan keindahan reka bentuk Anjung Tamu yang dilengkapi pelbagai kemudahan mesra pengunjung.


Mereka juga mendengar taklimat mengenai pengoperasiaan di Akademi Golf UUM.

Seterusnya, mereka dibawa ke Muzium Pengurusan UUM, di mana delegasi berpeluang memahami sejarah penubuhan dan kejayaan UUM dalam bidang akademik dan pengurusan sebelum bergerak ke Akademi Golf Nasional, sebuah pusat latihan sukan golf bertaraf antarabangsa yang menjadi salah satu daya tarikan kampus.

Di sini, mereka berpeluang mencuba sendiri aktiviti bermain golf di bawah bimbingan wakil MPP Akademi Golf Nasional.


Muzium Pengurusan UUM yang mengabadikan sejarah universiti itu turut dikunjungi mereka.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar di sekitar kampus dan di Dewan Muadzam Shah (DMAS), sebagai tanda kenang-kenangan atas lawatan bersejarah ini.

Moga lawatan ini menjadi platform untuk bertukar ilmu dan berkongsi pengalaman untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua universiti dan mengeratkan hubungan pada masa hadapan demi kecemerlangan mahasiswa secara keseluruhan. - KitaReporters


Jalinan hubungan antara Kesatuan Mahasiswa UKM dan MPP UUM diabadikan selepas majlis suai kenal.

 

11
13
0
7
0

Copy Link: