Syabas! Mahasiswa UniSZA buka gerai sempena Ramadan! Ko-UniSZA pula lancar Program Bakul Ramadan!
Published byMahasiswa UniSZA menjalankan aktiviti keusahawan sempena Ramadan
KEDATANGAN Ramadan tahun ini memberi peluang kepada sekumpulan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu mengaktifkan diri dalam bidang keusahawanan apabila mereka tampil mengadakan aktiviti dengan membuka gerai jualan seperti bazar Ramadan untuk juadah berbuka puasa.
Peluang tersebut dilakukan selepas negara yang kini berada dalam fasa endemik yang membolehkan aktiviti tesebut diadakan selepas dua tahun berada dalam keadaan pandemik COVID-19.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bazar Ramadan
Pelbagai kuih muih dijual di gerai Ramadan UniSZA
Sempena bulan Ramadan tahun 2022 ini, sebanyak 20 buah gerai jualan makanan dan minuman anjuran Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKat) hasil kerjasama Kelab Keusahawanan UniSZA dan Koperasi Pelajar memeriahkan Ramadan Fiesta bertempat di Tapak Parkir TUMPU (Pintu Belakang UniSZA).
Bazar Ramadan tersebut beroperasi seawal jam 3.30 petang sehingga waktu maghrib setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu, pelbagai pengisian turut memeriahkan Ramadan Fiesta tahun ini termasuklah Pertandingan Azan, Congkak, Futsal, Memanah, Dart, Catur dan banyak lagi.
Peluang membeli belah juadah digerai tersebut bukan sahaja dikhaskan kepada mahasiswa sebaliknya, orang ramai tutut dijemput untuk sama-sama memeriahkan Ramadan Fiesta dan ruang berbuka puasa terbuka serta ruang solat turut disediakan untuk kemudahan orang ramai.
Pelbagai perisa air minuman turut dijual kepada pengunjung di gerai Ramadan UniSZA
Sementara itu, UniSZA juga turut melancarkan Program Bakul Ramadan untuk memberi peluang kepada orang ramai melakukan aktiviti amal jariah sempena bulan keberkatan tersebut
Program anjuran Koperasi Kakitangan
UniSZA (Ko-UniSZA) dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA menjalankan
kutipan sumbangan Bakul Ramadan untuk membantu golongan asnaf di sekitar Kuala
Terengganu.
“Program Bakul Ramadan didakan dalam dua pakej iaitu Pakej A bernilai RM50 dan Pakej B RM100 adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban asnaf bagi menerima kedatangan bulan Ramadan yang mulia untuk dimanfaatnya bagi mereka yang memerlukan,” menurut kenyataan media UniSZA.
Pihak Ko-UniSZA dan Pusat Islam UniSZA akan menjadi entiti untuk menyalurkan sumbangan tersebut kepada keluarga-keluarga yang layak. - KitaReporters