SUKAN Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 melabuhkan tirainya pada 24 September 2022 yang lalu dengan kutipan 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pengarah Pusat Sukan Nur Ekmal Buhary berkata, penyertaan sukan kali ini merupakan yang pertama kali setelah tiga tahun pasukan kontinjen universiti ‘berehat’ kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan merupakan satu pencapaian yang terbaik oleh atlet sukan USIM.

“Secara praktikalnya, USIM telah mencapai sasaran untuk menyamai pencapaian emas ketika tahun 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Kejohanan SUKUM 2022 kali ini, disertai seramai 227 atlet yang terdiri daripada 157 atlet lelaki dan 70 atlet wanita. Sebanyak 14 acara disertai daripada 17 acara yang dipertandingkan”, tambah beliau.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM


Dalam kejohanan tersebut juga menyaksikan Pasukan Memanah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menumpaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan acara memanah dengan merangkul 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa bagi 11 kategori memanah pada kejohanan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut pengurus pasukan Md Shahrifudin Abd Wahab, USIM menghantar seramai 16 atlet memanah pada penyertaan kali ini berbanding hanya 3 atlet pada tahun 2018. 

Menariknya, cetusan idea untuk membuat pencarian bakat atlet memanah USIM membuahkan hasil atas kejayaan yang dikecapi pada SUKUM kali ini.

“Saya berterima kasih kepada Pusat Sukan yang menyediakan fasiliti untuk atlet berlatih 5 bulan sebelum pertandingan, juga komitmen para atlet sangat saya puji kerana begitu bersemangat menjalani latihan selepas waktu bekerja termasuk pada hujung minggu. Saya berharap semua atlet dapat mengekalkan momentum untuk pertandingan-pertandingan akan datang," ujarnya lagi.

Kutipan pingat emas diperolehi daripada Mohd Saiful Azizi Musa bagi acara Berbasikal MTB Heavyweight, Catur kategori Blitz Wanita oleh Dr. Norhidayah Azman, Acara Memanah bagi kategori Senior Berpasukan Campuran, Acara Memanah bagi kategori Veteran Berpasukan Lelaki dan Acara Memanah bagi kategori Veteran Individu Lelaki iaitu dimenangi Dr. Mohd Rosmizi Abd Rahman.

Manakala pingat perak menjadi milik Dr. M Norazizi Sham Mohd Sayuti bagi acara memanah kategori Veteran Individu Lelaki, acara Memanah bagi kategori Senior dan Veteran Berpasukan Campuran, acara memanah bagi kategori Veteran Berpasukan Campuran, acara memanah bagi kategori Veteran Berpasukan Wanita, dan Lukman Nul Hakim Khairudin bagi acara memanah bagi kategori Senior Individu Lelaki.

Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik Pasukan Bola Tampar Lelaki, Pentaque Single Wanita kategori veteran iaitu Noorfadilah Mohd Mujiano, Syahidah Sulaiman bagi acara memanah kategori Senior Individu Wanita, Dr. Adzidah Yaakob bagi acara memanah kategori Veteran Individu Wanita, acara memanah bagi kategori Senior Berpasukan Wanita dan acara memanah bagi kategori Senior Berpasukan Lelaki. - KitaReporters/USIM


7
12
0
15
0

Copy Link: