Demi RITMA Melayu! 20 pelajar, 4 pensyarah UM sertai aktiviti rentas budaya! Di Padang, Indonesia!
Published bySeramai 20 pelajar dan empat pensyarah dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) menyertai program mobiliti ke Padang, Indonesia yang bertemakan Rentas Ilmu dan Tamadun Melayu (RITMA).
Pengarah programnya, Nur Haadhinah Mohamad Zahid berkata, antara program mereka sepanjang 30 Julai hingga 5 Ogos 2023 ialah mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan mengenai bangsa dan bahasa Melayu di Nusantara.
Katanya, dalam lawatan dan perbincangan yang diadakan itu menampakkan keakraban dan keserasian antara mereka kerana masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia berasal dari rumpun yang sama.
Ketika di sana mereka juga menyertai Pertandingan Festival Budaya Nusantara di Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Andalas dalam acara tarian, nyanyian dan juga puisi.
Manakala dalam persembahan penutup pula delegasi UM mempersembah dikir kota.
“Kehadiran kami disambut dengan mesra dan harmoni kerana kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia ini memiliki budaya yang tidak jauh bezanya,” sambungnya lagi.
Ketika menyertai program ini mereka juga berkesempatan melawat Istana Baso Pagaruyung sambil menggayakan busana masyarakat Minang.
Moga program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang bagi mengeratkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan lain-lain. - KitaReporters