Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion atau RTD) bertemakan "Memperkukuh Hubungan Serantau dan Kecekapan Operasi: Pandangan Mengenai Integrasi Pelabuhan, Logistik dan Operasi Rentas Sempadan di Malaysia" pada 12 Februari 2025.

Program yang dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi Asia (AIIAD) di bawah Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) UUM dengan kerjasama Institut Bertauliah Logistik dan Pengangkutan Malaysia (Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia atau CILTM), Seksyen Kedah Perlis and Terengganu; serta Pusat Logistik dan Pengangkutan (CeLT) di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), UUM telah diadakan di SoIS. 


Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion) bertemakan "Memperkukuh Hubungan Serantau dan Kecekapan Operasi: Pandangan Mengenai Integrasi Pelabuhan, Logistik, dan Operasi Rentas Sempadan di Malaysia" diadakan di SoIS UUM.


Program ini juga merupakan program kerjasama bersama Kumpulan Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi membentangkan hasil kajian berkenaan pengurusan pelabuhan di Malaysia. 

Majlis telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Zaki Ahmad, Pengarah AIIAD UUM dan diikuti dengan dua sesi pembentangan yang menghimpunkan pakar akademik dan industri dalam bidang logistik serta perdagangan rentas sempadan.

Antara pembentang yang terlibat termasuk Profesor Madya Ts. Dr. Jagan Jevan, CILTM dari UMT; dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Ghozali Hassan, CILTM dari UUM, yang telah berkongsi pandangan mereka mengenai kecekapan operasi pelabuhan dan prosedur rentas sempadan di Malaysia.


Panel mengambil peluang untuk berinteraksi sesama mereka ketika masa berehat.

Delegasi UMT (kanan) bersama peserta persidangan.

Sementara itu, sesi kedua RTD telah membincangkan aspek logistik dan kawal selia barangan dagangan di pintu masuk Malaysia dengan pembentangan oleh Mustakim Abdul Kahar dan Madzli Harun, yang telah berkongsi dapatan penyelidikan mengenai sistem pengangkutan dan pemeriksaan komprehensif barangan haiwan serta tumbuhan.

Perbincangan ini dijangka membuka ruang kepada perkongsian idea dan penyelesaian inovatif dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi rentas sempadan dan pengurusan logistik serantau. - KitaReporters


Antara panel yang dijemput untuk perbincangan meja bulat ini bergambar kenangan pada majlis itu.
16
6
0
12
0

Copy Link: