Program Kasih Komuniti! Usaha KUIPs bersama penduduk! Kali ini dianjurkan di Kampung Ujung Bukit!

Published by
KitaReporters

Penduduk Kampung Ujung Batu memenuhi dewan untuk bersama staf dan pelajar KUIPs.

Acara sukaneka menyerikan program Kasih Komuniti ini.


Bahagian Penginapan dan Kediaman (BPK), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan program Kasih Komuniti di Kampung Ujung Bukit, Kangar pada 19 Oktober 2024 lalu.

Program ini diadakan bagi menyemai semangat kesukarelawanan dalam diri kakitangan dan mahasiswa universiti ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini yang melibatkan 21 staf dan 33 pelajar.


Dr Mohd Aizul Yaakob.


Dr Mohd Aizul (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata pada majlis itu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, pertandingan mewarna, sukaneka, bola jaring penalti, pemeriksaan kesihatan percuma dan slot Hebat Ad-Din.

Majlis penutupan telah dilakukan oleh Pemangku Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Alumni) Dr Mohd Aizul Yaakob.

Lapan penaja yang turut menjayakan program sehari di Kampung Ujung Bukit ini ialah Bank Rakyat, Bank Islam, Al-Ikhsan Sport, YADIM, Yayasan MARA, MUDIM, Khidmat 4 Komuniti dan Tunas Teratai. 

Turut hadir Pengarah JHEPA Hanif Mohammadan dan Pengarah program Rifhan Syafinaz Shabri. - KitaReporters


Staf dan pelajar KUIPs turut berkunjung ke rumah penduduk berdekatan.

15
11
0
12
0

Copy Link: