Hubungan makin kukuh! Tuanku Zara rasmi Pameran Seni! Hubungan diplomatik 55 Tahun Malaysia-Romania!
Published byKetua Jabatan Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Suzlee Ibrahim menyampaikan lukisan karyanya kepada Tuanku Zara Salim.
HUBUNGAN diplomatik antara Malaysia dan Romania sejak 55 tahun lalu makin diperkukuk dengan penganjuran Pameran Seni Visual di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Pameran berkenaan juga secara tidak langsung membuktikan bahawa kedua-dua negara itu mempunyai ikatan persahabatan, kerjasama dan saling menghormati warisan budaya serta sudah berkembang sehingga sekarang.
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, yang
juga Canselor UPSI, berkenan berangkat ke
Majlis Perasmian Pameran Seni Visual Sempena Sambutan 55 Tahun Hubungan
Diplomatik dan Persilangan Budaya antara Malaysia dan Romania, pada 5 September
2024.
Baginda berkenan merasmikan Pameran Seni Visual berkenaan yang diadakan atas inisiatif Institut Peradaban Melayu (IPM).
Tuanku Zara Salim melihat lukisan pelukis Malaysia dan Romania.
Majlis yang diadakan di Auditorium Utama dan Galeri Seni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu turut dihadiri Duta-Duta Besar ke Malaysia dari Hungary, Turkmenistan, Ghana, Bangladesh, Ukraine, Zambia, Georgia, Maldives dan Sudan.
Turut hadir menyaksikan majlis perasmian itu isteri Menteri
Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin; isteri Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja,
Toh Puan Rasiah Md Nor; Pengerusi Lembaga
Pengarah UPSI, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah.
Duta Besar Romania ke Malaysia, Nineta Barbulescu
menyifatkan jalinan hubungan antara Romania dan Malaysia sejak tahun 1969
membuktikan bahawa kedua-dua negara mempunyai ikatan persahabatan, kerjasama
dan saling menghormati warisan budaya serta sudah berkembang sehingga sekarang.
“Sepanjang 50 tahun yang lalu, pertukaran budaya, perkongsian akademik dan inisiatif ekonomi memperkaya kehidupan rakyat kita, mencerminkan nilai bersama dan landskap budaya yang saling berkaitan antara satu sama lain.
“Saya teruja untuk melihat hasil seni lukisan yang dihasilkan oleh karyawan seni lukis dari Malaysia mahupun Romania terutama sekali daripada Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong.
“Majlis pameran yang diadakan ini sangat penting bagi terus memperkasa hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Romania yang sudah terjalin sepanjang 55 tahun lalu,” ujarnya.
Tuanku Zara Salim turut melawat tapak pemvaksinan HPV.
Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata persamaan budaya dimiliki Romania dan Malaysia akan mengeratkan hubungan yang bermakna dan berkekalan walaupun berada pada sudut dunia berbeza.
“Di UPSI, kami mempunyai Galeri Seni yang menjadi platform
utama kepada warga di UPSI untuk memupuk kreativiti dan dialog silang budaya.
"Bidang pendidikan, program pertukaran pelajar dan perkongsian akademik seperti penyelidikan bersama, penerbitan serta penyeliaan antara universiti di Malaysia dan Romania akan memupuk generasi pemimpin yang akan datang serta memperkukuh semangat kerjasama antara negara kita,” katanya.
Tambahnya, hubungan pendidikan penting dalam memupuk persefahaman bersama bagi memastikan perkongsian ilmu berkembang maju.
Tuanku Zara Salim (tengah) dan Nineta Barbulescu bersama-sama tetamu dan duta-duta luar negara.
Selain melawat pameran lebih 50 lukisan di Galeri Seni, Tuanku Zara Salim, pada masa sama, turut melawat pameran Pemvaksinan Human Papilloma Virus (HPV).
Prof Md Amin berkata, program itu merupakan inisiatif
transformatif hasil kerjasama strategik antara UPSI dan Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia (NSCM).
“Program ini menjadi satu inisiatif yang akan menjadi
pelengkap kepada program Imunisasi Kebangsaan dalam mendepani cabaran kesihatan
di negara ini.
“Walau bagaimanapun, program ini bukan sekadar satu inisiatif
kesihatan, tetapi langkah proaktif ke arah mencegah kanser serviks yang masih
menjadi kebimbangan di Malaysia.
“Dengan menyediakan akses kepada pemvaksinan HPV, program ini bakal memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya bagi pencegahan kanser,” ujarnya dalam satu kenyataan. - KitaReporters