Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan sumbangan RM15 juta oleh FWD Takaful Berhad  kepada Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur pada 16 Mac 2023.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful Berhad, Vishwanath Pasupathy  bersama Ketua Pegawai Strategi dan Saluran Digital FWD Takaful Berhad, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad kepada UUM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM

Vishwanath Pasupathy bersama Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi menyerahkan sumbangan kepada UUM sambil disaksikan oleh Mohamed Khaled Nordin.

Melalui sumbangan ini Tadbir Urus Shariah dan Kewangan Islam (ISGaIF) sebagai Dana Takaful Sosial (Social Takaful Fund atau STF) akan digunakannya untuk meningkatkan tahap kewangan inklusif ke arah kesejahteraan sosial masyarakat.

Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis itu berbangga dengan usaha IBS UUM yang bukan sahaja berjaya mendapatkan dana daripada pihak korporat malah dapat menganjurkan program tempatan dan antarabangsa yang melibatkan komuniti untuk program celik kewangan, penyelidikan dan inovasi.

“Melalui kerjasama strategik antarabangsa dengan Akademi Perbankan dan Kewangan Uzbekistan contohnya pada hari ini seramai 21 peserta juga turut menerima menerima sijil pencapaian program latihan eksekutif perbankan dan kewangan islam (Executive Advance Certificate in Islamic Banking and Finance) (EACIBF)," ujarnya lagi.


Seramai 21 peserta dari Uzbekistan turut menerima menerima sijil pencapaian program latihan eksekutif  perbankan dan kewangan islam (Executive Advance Certificate in Islamic Banking and Finance) (EACIBF) pada majlis itu.


Beliau berkata, peranan KPT kini bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu dan pemikiran yang matang, memimpin kematangan, dan mencari kebenaran sahaja malah perlu memperhalusi peranan sebenar IPTA selain daripada juara dalam penarafan atau pengkomersialan pendidikan.

Oleh itu inisiatif yang ditunjukkan UUM ini sesungguhnya  selaras dengan aspirasi bahawa universiti mesti melibatkan diri dengan industri dan membantu mereka dari aspek penyelidikan terutama baik pada peringkat nasional ataupun global.

Moga inisiatif kukuh dan bermakna yang dilaksanakan ini akan memberi impak  yang tinggi bukan sahaja untuk UUM malah IPT lain juga.

Sementara itu dalam ucapan aluannya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Shahimi Mohtar berkata, kerjasama industri dan agensi antarabangsa amat penting sebagai satu bentuk perkongsian strategik.

Untuk ini, UUM akan sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi melalui kerjasama dalam pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi, jaringan global dan khidmat masyarakat, katanya lagi. - KitaReporters


Gambar kenangan bersama Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis itu.

15
12
0
11
0

Copy Link: