Pasukan bola sepak pelajar KUIPs yang akan bertarung di SUPTIM bergambar sebelum mengadakan perlawanan persahabatan dengan staf KUIPs.

Pasukan bola sepak Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diuji sebelum menghadapi kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) kali ke-20 pada 10 hingga 14 Februari 2024.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan staf mengadakan perlawanan menentang pasukan bola sepak pelajar universiti ini.



Aksi staf dalam pertandingan bola sepak yang diadakan di Padang Simpang Ampat, Perlis.

Katanya, walaupun skuad bola sepak universiti ini menjalani latihan sebelum ini namun mereka perlu juga mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan untuk pertemuan dengan pasukan lawan nanti.

“Kehadiran staf di Padang Simpang Ampat Perlis petang kelmarin (21 Januari 2024) menunjukkan warga universiti ini sentiasa memberi sokongan kepada pelajar-pelajarnya,” ujar beliau lagi. 


Pertandingan yang diadakan menguji kekuatan staf dan pelajar universiti ini.

Antara aksi menarik dalam perlawanan ini.

Sementara itu Ketua pasukan bola sepak KUIPs Mohd Faridzan Jaiby yang ditemui berkata, mereka telah membuat persediaan dengan menjalani latihan intensif setiap minggu iaitu setiap jumaat dan Sabtu.

Katanya, persediaan pada tahun ini (2024) dilihat lebih baik daripada sebelum ini termasuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai ujian persediaan bagi mereka.

“Sesungguhnya kesudian Rektor, pegawai dan staf turun padang untuk mengadakan perlawanan persahabatan petang kelmarin memberikan semangat kepada kami untuk berjuang habis-habisan dan membawa nama KUIPs di SUPTIM nanti,” ujarnya lagi. - KitaReporters/KUIPs


Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle turun beri sokongan dan bermain dalam pertandingan yang dianjurkan.

Pasukan staf dan pelajar KUIPs bergambar sebelum perlawanan persahabatan bermula.

 

 

15
9
0
17
0

Copy Link: