Nak belajar di luar negara! Hubungi Zara Zakiah Education! Agensi hantar pelajar ke luar negara!
Published byJika diberi pilihan mahu belajar di dalam atau di luar negara? Tepuk dada tanya selera.
Di mana juga lokasi untuk menyambung pengajian ikut kemampuan masing-masing walaupun lebih ramai yang beranggapan pelajar berkelulusan luar negara lebih berdikari, matang membuat keputusan malah berani keluar dari zon selesa.
Ketua
Pegawai Eksekutif Zara Zakiah Education Sdn Bhd (Zara Zakiah Education), Anwar Shamsudin ketika
ditemui berkata, keistimewaan ada di mana-mana kerana yang penting pelajar mesti
menyelesaikan kuliah sehingga mengenggam ijazah.
Bagaimana pun katanya berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun membuka agensi menghantar pelajar ke luar negara, kebanyakan pelajar yang pulang sangat berdikari.
"Sejujurnya kebanyakan pelajar yang kami hantar di luar negara apabila pulang mereka akan cepat membuat keputusan untuk pencapaian seterusnya. Ada yang memilih menjadi pakar, membuka klinik sendiri atau membuat keputusan bekerja dan tinggal di luar negara. Mereka juga lebih tahan diuji dengan cabaran apabila menjalani latihan sebagai Pegawai Perubatan Latihan Siswazah atau housemanship," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil kepada peserta Program Kem Motivasi Education Advanture (Eduventure) di Semenyih Ecoventure Resort and Recreation di Semenyih, Selangor baru-baru ini anjuran syarikatnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan belajar di luar negara
Ketua Pegawai Eksekutif Zara Zakiah Education Sdn Bhd (Zara Zakiah Education), Anwar Shamsudin (4 dari kiri) bersama peserta Program Kem Motivasi- Education Advanture (Eduventure) di Semenyih Ecoventure Resort and Recreation baru-baru ini.
Beliau
menambah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan telah dikenali pada peringkat antarabangsa kerana
standard pembelajaran yang berkualiti namun pengalaman berada di luar negara mahal nilainya.
“Mungkin pelajar luar negara lebih terasa jerihnya kerana berjauhan dengan keluarga, berbeza adat budaya, berlainan cara hidup dan makanan juga tak sama menjadikan mereka menghargai setiap detik pengalaman tersebut . Sekali gus mendorong mereka lebih matang,” katanya.
Tambahnya
situasi tersebut didorong oleh keluarga yang berpendapatan sederhana di negara
ini yang semakin ramai menggalakkan anak-anak belajar di negara luar.
“Situasi
ini agak menarik kerana kesedaran ibu bapa dalam kalangan isi rumah
berpendapatan sederhana sudah mampu menghantar anak-anak belajar semakin
meningkat.
“Sebenarnya
tidak timbul persepsi hanya anak-anak daripada golongan kaya atau berada sahaja
hanya layak melanjutkan pelajar di luar
negara kerana sudah ramai keluarga sederhana
upaya menyediakan anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM200,000 untuk tempoh
lima tahun.
“Bayaran
tersebut termasuk kos yuran universiti, tempat tinggal, makan minum serta tiket
kapal terbang,” ujarnya.
Perkembangan
tersebut katanya bakal merealisasikan perancangan Zara Zakiah Education yang mengunjurkan seramai 200 pelajar baharu bakal mengikuti program
penghantaran pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang profesional dalam
tempoh tiga tahun akan datang.
“Zara
Zakiah Education yang menjadi pusat sehenti kepada pelajar-pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke luar negara yakin dengan pencapaian pelajar sejak dahulu lagi dan menawarkan
perkhidmatan sehenti kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, matrikulasi dan
diploma dari IPTA dan IPTS untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati ke luar negara.
“Perkhidmatan
tersebut melibatkan proses semakan kelayakan akademik, menyediakan universiti
yang sesuai dengan kursus yang diikuti, asrama tempat tinggal, perjalanan ke
luar negara diiringi pegawai dari agensi sehingga ke negara yang dituju selain dibantu
oleh pelajar - pelajar senior yang sedia ada di sana,” katanya.
Sehubungan
itu, seperti tahun sebelumnya, sebanyak 100 pelajar bakal melanjutkan pelajaran ke
luar negara pada tahun ini diberi keutamaan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam perubatan,
pergigian, veterinar, farmasi dan pengajian Islam. Antara negara yang menjadi
pilihan Mesir, Rusia, Indonesia, Australia dan Bangladesh.
“Di
Zara Zakiah Education yang mula menerima pendaftaran pelajar ke luar negara sejak awal tahun lagi dan
penerbangan mereka biasanya pada bulan September secara berperingkat-peringkat.
“Sepanjang
persiapan tersebut kami mengadakan pelbagai aktiviti termasuk kem motivasi yang
diadakan pada hari ini sebagai persiapan fizikal dan mental kepada calon
pelajar.
“Sepanjang
kem ini berlangsung, pelbagai aktiviti diadakan untuk menguji keupayaan fizikal
termasuk mendaki bukit dan membina sendiri tanpa bantuan profesional - do it
youself (diy) bot untuk menyelamatkan
diri - serta terjun dari kawasan tinggi (flying fox).
“Aktiviti ini sekali gus melatih kekuatan mental supaya mereka cepat membuat keputusan jika berhadapan dengan masalah. Apabila peringkat awal pelajar telah berjaya menyesuaikan diri, hasilnya akan lahir kumpulan siswazah lulusan luar negara yang mempunyai jati diri yang tinggi, berani, tidak mudah berputus asa dan sering mencabar keupayan diri,” ujarnya
Sebahagian peserta menjalani aktiviti dalam air sebagai latihan persiapan fizikal dan mental sebelum berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian.
Salah
sorang peserta, Muhammad Amir Esmady, 20, dari Putrajaya yang ditemui berkata,
selepas menamatkan matrikulasi pada tahun lalu (2021), keluarga menyarankan dia
melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Mesir.
“Saya
terima cadangan keluarga cuma masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut tetapi
selepas kem selama tiga hari, persepsi saya berubah. Lebih berani dan
bersemangat untuk ke sana dan menzahirkan cita-cita sebagai doktor gigi apabila
pulang nanti,” katanya.
Nur Irdina Balqis Rohimin, 19, pula teruja melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di Dhaka Dental College, Bangladesh pada awal tahun hadapan.
"Saya sedia maklum bagaimana kehidupan di sana, persekitaran dan cara hidup namun saya mahu mengalami pengalamannya di samping memberi fokus kepada pengajian di universiti.
“Kem motivasi ini juga banyak membantu saya memahami erti perkongsian dalam kumpulan, lebih faham kenapa perlu membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Saya berharap kami bersama-sama bersemangat untuk ke luar negara dan pulang dengan kejayaan,” katanya. - KitaReporters
Nur Irdina Balqis Rohimin sanggup terbang ke Bangladesh bagi mengejar cita-cita sebagai doktor gigi.