SEMUA mahasiswa UUM yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) supaya  menangguhkan perjalanan ke kampus.


UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menasihatkan semua mahasiswanya yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) supaya menangguhkan perjalanan pulang ke kampus hingga 1 Jun 2021.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, manakala semua penuntut yang menjalani kuarantin, memakai gelang merah jambu atau ahli keluarga tinggal serumah memakai gelang merah jambu hanya dibenarkan kembali ke kampus selepas tamat tempoh kuarantin.

"Bagi pelajar yang tidak terbabit dan membeli tiket bas sewa khas, menaiki kenderaan sendiri atau dihantar ibu bapa, mereka dibenarkan kembali ke kampus mengikut tarikh ditetapkan.

"Mereka dikehendaki terus ke Pusat Isolasi di Bukit Kachi bagi tujuan kuarantin selama 10 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus atau Inapan Siswa (INASIS) masing-masing," katanya dalam kenyataan media di Sintok pada Sabtu, 22 Mei 2021.

Dalam masa Dr. Ahmad Bashawir, menasihati warga kampus sentiasa mengamalkan norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan PKPD selama 14 hari di sembilan lokaliti di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra mulai 18 Mei 2021 serta 28 mukim di daerah Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Dalam masa Dr. Ahmad Bashawir, menasihati warga kampus sentiasa mengamalkan norma baharu serta mematuhi SOP ditetapkan untuk memutuskan Covid-19.

3
0
0
0
0

Copy Link: