Pilihan Raya Kampus UUM! Untuk pilih 39 kerusi MPP 2020/2021
Published byPILIHAN Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan diadakan pada Khamis, 26 November 2020 akan memilih 39 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021.
Pengarah Sekretariat Pilihan Raya Kampus (PRK) Behoney Low Lee Tong.
Lagi laporan berkaitan Universiti Utara Malaysia:
https://kitareporters.com/search?search=uum
Pengarah Sekretariat PRK Behoney Low Lee Tong berkata, sebanyak 39 kerusi dipertandingkan pada PRK kali ini meliputi 30 kerusi kawasan Pusat Pengajian dan sembilan kerusi umum.
Selepas penamaan calon dan masa bantahan yang diberikan lima kerusi kawasan Pusat Pengajian telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding.
Kerusi-kerusi tersebut ialah Pusat Pengajian Kuantatif (SQS), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Safinaz (TISSA), Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).
Petugas PRK UUM yang mengendalikan proses penamaan calon.
Dalam pada itu, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin ketika ditemui berpuas hati dengan proses penamaan calon yang dijalankan secara online pada kali ini berikutan pandemik Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19).
"Saya melihat pengendalian oleh Sekretariat PRK UUM kali ini yang diuruskan oleh pelajar sepenuhnya membuktikan mereka mampu mengalas amanah yang diberikan, manakala laluan kepada calon untuk memenangi PRK tanpa bertanding juga membuktikan kepercayaan kepada calonnya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan," ujarnya lagi.
Dr Massudi berharap semua calon yang terpilih nanti akan memikul tanggungjawab mereka sebagai MPP sesi 2020/2021, sekali gus akan bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk terus memberi khidmat terbaik kepada pelajar dan universiti ini. - KitaReporters
TNC Dr Hendrik Lamsali (dua dari kanan) meninjau proses penamaan calon yang dikendalikan oleh Sekretariat PRK UUM.
Barisan Sekretariat PRK bergambar bersama TNC HEPA dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.