Patuh SOP! Pendaftaran secara fizikal! 72 pelajar baharu IKTBN Alor Gajah hadir untuk lapor diri
Published bySERAMAI 72 pelajar baharu melaporkan diri secara fizikal bagi meneruskan pengajian di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka pada 18 November 2021 lalu.
Pengarahnya Syamsul Tahrin Mohd Tahir berkata, kehadiran pelajar ke institut ini melibatkan 68 pelajar lelaki dan empat perempuan dalam bidang teknologi elektrik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan IKTBN
Katanya, pendaftaran pelajar ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Keluarga pelajar yang mendaftar juga tidak dibenarkan turun dari kenderaan untuk menurunkan barang kerana barangan pelajar yang pulang ke institut itu dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan diawasi oleh pihak IKTBN,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelajar-pelajar yang mendaftar ini telah mengikuti pembelajaran secara dalam talian sejak Ogos 2021 selepas melaporkan diri untuk pengajian mereka untuk semester Julai 2021.
Syamsul Tahrin menambah kesemua pelajar yang mendaftar juga perlu membuktikan mereka sihat dan bersedia untuk menyesuaikan diri di asrama dan bilik kuliah dalam suasana pembelajaran yang penuh dengan SOP akibat COVID-19 ini.
Pelajar yang mendaftar ini adalah dari program Pendawaian Elektrik PW2, penjaga jentera A1 dan penjaga jentera A4. - KitaReporters
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bantu membawa barang pelajar yang datang mendaftar.