Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menyempurnakan gimik pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Kampus UMT.


Bersempena sambutan bulan kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan program semarak kibar Jalur Gemilang di kampus universiti itu. 

Acara tahunan sejak lebih sedekad itu merupakan manifestasi warga kampus dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan serta sambutan Hari Malaysia.

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program sebagai pengisian menyambut bulan kebangsaan itu.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan program kibar Jalur Gemilang dan menyempurnakan simbolik pelepasan kenderaan rasmi UMT.”

“Pelbagai program pengisian sepanjang sambutan bulan kemerdekaan akan dilaksanakan UMT bagi menyemarakkan lagi kempen kibar Jalur Gemilang dalam menghayati pengertian kemerdekaan selain menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga kampus khususnya mahasiswa.”


Ts. Dr. Mohd Zamri melekatkan Jalur Gemnilang pada kenderaan sempena pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di UMT.


Selaras dengan kempen kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka pada Julai 2024 lalu, kira-kira 500 Jalur Gemilang pelbagai saiz berjaya diedarkan UMT kepada semua kenderaan yang masuk ke kampus sepanjang program Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di pintu masuk utama kampus.

Sementara itu, wakil barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Nur Sabrina Afiqah Md Sukor menyeru mahasiswa untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

“Kami di barisan MPP mengalu-alukan warga pelajar UMT untuk bersama-sama menyertai program berkaitan bulan kebangsaan bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan serta menyemai semangat patriotik terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
20
0
14
0

Copy Link: