Lepasan SPM, STPM dan STAM boleh mohon segera untuk kemasukan September 2024 ini.


Permohonon untuk menyambung pengajian di KUIPs boleh dilakukan dengan klik pada pautan berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Fakulti Pengajian Islam (FPI) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan Diploma Pengajian Islam, Diploma Syariah, Diploma Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi Islam) kepada pelajar yang berminat.

Manakala bagi program pascasiswazah pula ditawarkan Sarjana Pengajian Islam (Mod Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Mod Penyelidikan) untuk pengajian lanjutan.

Dekan FPI Prof Dr Basri Ibrahim berkata, fakulti ini bertanggungjawab dalam membangunkan kurikulum pendidikan tinggi  dalam bidang Pengajian Islam,  Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab peringkat prasiswazah, pascasiswazah serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang menepati kehendak mahasiswa, pihak-pihak berkepentingan, ummah dan pasaran.



Pelajar berjaya meraih kejayaan di beberapa pertandingan yang dianjurkan.

Katanya terdapat tiga jabatan di FPI ini iaitu Jabatan Pengajian Usuluddin, Jabatan Pengajian Syariah dan Jabatan Pengajian Bahasa Arab.

“FPI dipertanggungjawab menyediakan dan memastikan 80 peratus kurikulum pengajian Islam, Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab berteraskan al-Quran dan sunah di samping  berdaya saing, memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang cekap, sistematik dan berkesan dalam memastikan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan kualiti yang berterusan selain daripada menjadi wadah untuk ta’aruf antara pelbagai bangsa dan latar,” ujar beliau lagi.

Beliau menambah FPI KUIPs ini menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka pada peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari dalam menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berkompeten dalam pemangkin ke arah pembangunan dan pemodenan negara.


Pelajar FPI juga aktif dalam program kemasyarakatan.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke KUIPs mereka juga ditawarkan Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs–KUIPs iaitu biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka sama ada pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta peringkat pascasiswazah dengan tajaan penuh sehingga tamat pengajian mereka.

Syarat permohonan minimum kemasukan program prasiswazah bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minimum tiga kredit, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2.0 dan bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula minimum ialah Maqbul.

Manakala kemudahan lain ialah yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MAIPs sepanjang pengajian, tiada pinjaman PTPTN diperlukan, kemudahan asrama percuma sepanjang pengajian dan pelajar juga akan diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM300 seorang (tertakluk terma dan syarat ditetapkan).

Untuk maklumat lanjut terus layari www.kuips.edu.my/4syskuips atau laman Facebook FPI: https://www.facebook.com/FPiKUIPs?mibextid=LQQJ4d - KitaReporters


Pelajar dan pensyarah juga mengadakan lawatan ke agensi-agensi bagi memberi pendedahan kepada pelajarnya.

Kampus KUIPs di Pauh.

13
11
0
14
0

Copy Link: