Mesyuarat UniCC diadakan di Dossert Hotel Putrajaya.

Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Za’im Ahmad dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Kokurikulum Universiti Awam Malaysia (UniCC) bagi sesi Januari 2025 hingga Disember 2026. 

Pelantikan beliau diumumkan semasa Mesyuarat UniCC 2025 yang berlangsung di Dossert Hotel Putrajaya pada 18 Januari 2025.

Beliau menggantikan Prof Ts Dr Intan Zaurah Mat Darus dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi.



Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Za’im Ahmad dilantik sebagai Pengerusi baharu UniCC 2025/2026.


Sebagai seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang kokurikulum dan pembangunan pelajar, Dr Za’im dijangka membawa pembaharuan serta visi baharu kepada UniCC.

Melalui kepimpinan baharu ini Dr Zaim diharap dapat memperkukuh kedudukan kokurikulum sebagai elemen penting dalam membentuk graduan holistik yang berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakan UniCC dan amanah yang diberikan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk meneruskan usaha kolektif dalam memastikan kokurikulum Universiti Awam terus relevan, inovatif, dan memenuhi kehendak semasa,” kata Dr. Za’im dalam ucapan penerimaannya itu.


Prof Madya Ts Dr Nik Noriman Zulkifli dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai Timbalan Pengerusi.


 

Prof Madya Ir Ts Dr Norashidah Abd Rahman (UTHM) dilantik sebagai Setiausaha baharu.


Dalam mesyuarat yang sama, turut dilantik ialah Prof Madya Ts Dr Nik Noriman Zulkifli dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai Timbalan Pengerusi menggantikan Prof Madya Dr Mohamad Haafiz Mohamad Kassim (USM).

Sementara itu Prof Madya Ir Ts Dr Norashidah Abd Rahman (UTHM) dilantik sebagai Setiausaha baharu.


Antara ahli-ahli mesyuarat yang hadir.


Pelantikan Dr Za’im dan barisan kepimpinan baharu ini diharap mampu membawa UniCC ke tahap yang lebih tinggi, dengan penekanan kepada inovasi kokurikulum, integrasi teknologi, dan pendekatan berimpak tinggi dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 

Tahniah diucapkan kepada Dr Za’im Ahmad atas pelantikan ini dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada kepimpinan terdahulu atas jasa mereka dalam memacu UniCC ke arah kecemerlangan. - KitaReporters


Dr Za'im bergambar selepas Mesyuarat UniCC 2025 yang berlangsung di Dossert Hotel Putrajaya.
14
13
0
16
0

Copy Link: