Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Universiti Multimedia (MMU) dalam rangka lawatan sehari bersama anggota-anggota Persidangan Dunia Tiga Tahun Sekali Ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) di kampus MMU di Cyberjaya.

Dalam lawatan pada 21 Mei 2023 itu, baginda menyaksikan persembahan tarian budaya, pembentangan buku Durian Cook Book, pameran inovasi sosial Lorong Belakang, sebuah pasar malam komuniti yang ditubuhkan dan dijalankan oleh golongan muda di Cyberjaya.  



Anggota-anggota ACWW turut mengikuti sesi jelajah kampus melibatkan lawatan ke makmal Tanaman Pintar, Kediaman Pintar, Ruang Teknologi Inovasi Hibrid, infrastruktur 5G, dan Technologi Penuaan Masyarakat.

Mereka turut menyaksikan produksi layar hijau, teknologi multimedia untuk warisan kebudayaan, kandungan dan teknologi & kesan tangkapan gerakan, serta pameran seni senimatik yang dibangunkan di MMU. 

Raja Permaisuri Agong bersama anggota-anggota ACWW turut menikmati hidangan tengah hari pada lawatan itu. 

Turut hadir dalam program ini ialah Dato' Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM); Magdie de Kock, Presiden ACWW; dan Jackie Macedo, Pengasas Masters of Malaysia Cuisine (MoMC).



Prof. Dato Dr. Mazliham Mohd. Su'ud, Presiden MMU berkata, warga universiti berasa bangga kerana MMU dipilih oleh Raja Permaisuri Agong sebagai lokasi untuk menganjurkan lawatan berkenaan.

"MMU amat menghargai peluang yang diberikan untuk menyumbang input teknikal dan multimedia dalam persidangan ini dan kami berharap ia dapat menepati jangkaan Tuanku,” katanya. - KitaReporters/MMU



23
23
0
29
0

Copy Link: