UUM berstatus swaakreditasi! Anjur Bengkel Panel Dalaman Self-Accreditation! Patuhi standard KPT, MQA!
Published byTimbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof Dr Shahimi Mohtar yang merasmikan bengkel ini berharap peserta yang menghadirinya dapat membantu bahagian Swaakreditasi IPQ dan pusat pengajian melaksanakan audit akademik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan akreditasi
Peserta bergambar dengan Prof Dr Shahimi Mohtar.
“Melalui kepakaran dalam bidang masing-masing ini pastinya UUM dapat menawarkan program yang berkualiti dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA),” ujarnya lagi.
Bengkel julung kali ini dianjurkan selepas universiti ini mendapat status swaakreditasi (self-accreditation) pada tahun 2017.
Dr Shahimi menambah status swaakreditasi ini adalah bagi melayakkan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengakredit program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang relevan.
Pada 21 Februari 2017 lalu, UUM telah berjaya menerima status swaakreditasi dan setiap lima tahun, universiti berstatus swaakreditasi akan melalui Audit Pematuhan Status Swaakreditasi.
UUM dijangka akan menerima lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi dari MQA pada pertengahan tahun 2023 nanti.
Sementara itu Pengarah IPQ, Prof Madya Dr Mohd Haniff Jedin dalam ucapan aluannya memaklumkan sehingga kini UUM telah mengakreditasi sebanyak 29 program akademik berstatus Akreditasi Sementara dan 54 program akademik berstatus Akreditasi Penuh.
Manakala jumlah ahli panel penilai akademik dalaman sedia ada sekarang berjumlah 37 orang. - KitaReporters