Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dekati masyarakat! MAIWP sumbang 100 Bakul Rahmah Madani!
Published byPetugas UCMI sedang memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma
Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Ahli Parlimen Batu telah mengadakan program Varsiti Peduli Komuniti pada 9 Mac 2024 di Padang Bola Sepak, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti senamrobik, sukaneka, penyampaian sumbangan Bakul Rahmah Madani dan Back to School, pameran reruai daripada agensi kerajaan dan anak-anak syarikat MAIWP, cabutan bertuah serta pemeriksaan kesihatan.
Dalam ucapannya Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor UCMI menyatakan penghargaan yang tidak berbelah bahagi kepada MAIWP yang sangat aktif dalam peranan dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat.
Tanggungjawab ini UCMI galas dengan sebaiknya bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam meneruskan kehidupan pada era serba mencabar ini.
Antara penerima Bakul Rahmah Madani menerima sumbangan daripada Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (tengah)
Pada program tersebut, MAIWP telah menyumbangkan 100 penerima Bakul Rahmah Madani dan 1000 kit kesihatan kepada golongan yang memerlukan.
Tidak ketinggalan, Prabakaran A/L M Parameswaran yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah Madani daripada Pejabat Parlimennya.
Selain daripada itu, UCMI dan Autohaus KL juga menyumbangkan kepada 50 anak-anak yang bersekolah dalam Sumbangan Back to School.
Sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban ibu bapa dalam persiapan persekolahan pada Isnin 11 Mac 2024.
Penyampaian sumbangan ini juga turut diiringi oleh Pengurus DBKL Cawangan Batu.
UCMI komited dalam menjadi platform untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada penduduk setempat serta terus memberi impak kepada masyarakat sekeliling.
Program ini telah dirasmikan oleh Mejar (B) Johari Baba,Pengerusi MPP Sub Zon 2, yang mewakili Prabakaran. - KitaReporters/Kenyataan Media
Pemeriksaan kesihatan secara percuma sedang dilakukan kepada pengunjung yang hadir