Sesi dialog terbuka Program Himpunan Mahasiswa Madani: Malaysia Madani dan Masa Depan Anak Muda telah memberi kefahaman konsep Malaysia Madani kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang baru-baru ini.

Dialog tersebut diserikan dengan perkongsian oleh alumni UPM tahun 2002 iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan Penasihat Yayasan Graduan.

Beliau memberi banyak inspirasi ikhtiar Madani kepada mahasiswa UPM seperti tips pembelajaran, kehidupan kampus dan persediaan mencari kerja kepada mahasiswa UPM yang berdialog dengannya.



Mahasiswa UPM juga berpeluang berdialog bersama Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yang mengimbas beberapa tragedi negara diuji dengan kerapuhan perpaduan.

Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Yayasan Graduan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan untuk berkongsi pandangan dua pihak bersama mahasiswa mengenai Malaysia Madani yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata UPM telah memberi kefahaman kepada mahasiswa bahawa konsep Malaysia Madani bukan bersifat retorik tetapi untuk membantu kegemilangan negara melalui insan berilmu di universiti.

“Saya berharap semua mahasiswa agar memperkukuh lagi hubungan muhibah, hormat menghormati dan saling bekerjasama melalui lima rukun Malaysia,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Graduan, Dato’ Mohd Faizal Daud dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Sesi 2022-2023, Fatin Amirah Mohd Hisham. - KitaReporters/Kenyataan Media



13
12
0
13
0

Copy Link: