Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar dengan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati II, Kudat.

Sekolah berperanan sebagai pusat melahirkan pelajar cemerlang dalam semua aspek dengan menerapkan nilai kepimpinan karamah insaniah bagi membangunkan potensi diri.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain kecemerlangan akademik pelajar juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh selari dengan cabaran pendidikan masa kini yang semakin kompleks.

“Pegangan agama yang teguh memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran dan pandangan hidup pelajar. Ia menjadi dorongan untuk mereka mengikut ajaran al-Quran dan sunah. 

"Dengan ini, anda akan terus berada pada landasan yang betul dalam mengejar kejayaan, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat. Ingatlah bahawa ilmu tanpa akhlak tidak akan mendatangkan keberkatan,” titah baginda.


Keberangkatan baginda ke sekolah itu disambut meriah.


Baginda bertitah kepada warga sekolah.

Baginda bertitah demikian dalam Program Titian Kasih 2025 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati II, sempena Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Eks PerBah) 2025.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengetua SMK Sikuati II, Tengku Shuhaiza Tengku Abu Bakar.

Dalam program itu, baginda turut berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan lampu solar oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kepada surau sekolah berkenaan.


Baginda turut menyaksikan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts Dr. Zaliman Sauli (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan lampu solar kepada surau sekolah berkenaan. 


Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor turut hadir di majlis itu.

Dalam perkembangan sama, Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar pelajar terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik di samping menampilkan disiplin serta sikap berhemah tinggi.

“Malah, pelajar juga perlu mengamalkan sikap baik di dalam mahupun di luar sekolah kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara,” titah baginda. - KitaReporters


Baginda juga berkenan menandatangani plak lawatan ke sekolah itu.


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan sempena  Program Titian Kasih 2025 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati II, Kudat.

20
11
0
12
0

Copy Link: