Pemangku Timbalan Rektor Akademik Prof Dr Basri Ibrahim (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada pelajar.

Seramai 125 pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima Anugerah Dekan bagi Semester Februari dan September 2023/2024 di Dewan Serbaguna Jabatan Perhutanan Negeri Perlis pada 27 Oktober 2024.

Pemangku Timbalan Rektor Akademik Prof Dr Basri Ibrahim menyampaikan anugerah ini.


Kegembiraan terpancar pada wajah pelajar yang menerima anugerah.

Sebahagian pelajar yang menerima anugerah itu tersenyum riang.

Beliau dalam ucapannya berharap pelajar-pelajar yang menerima anugerah ini menjadi contoh terbaik kepada pelajar kampus ini.

‘Saya yakin kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja dalam tahap akademik tetapi juga dalam sahsiah dan keperibadian masing-masing,’ sambung beliau lagi.

Penganugerahan ini menyaksikan 59 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan  masing-masing bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 


Siswi Fakulti Pengajian Islam yang menerima anugerah turut berkongsi kegembiraan dengan pensyarah mereka.

Sementara itu pada majlis yang sama, Pemangku Dekan Ustaz Mohammad Roshimi Abdullah turut menyampaikan ‘sharing moment’ bertajuk kecemerlangan dan ketrampilan sahsiah.

Penganugerahan kali ini turut menampilkan anugerah baharu bagi pelajar terbaik dari setiap program dengan pencapaian cemerlang dua semester berturut-turut.

Seramai lima pelajar telah terpilih berdasarkan program masing-masing iaitu Auni Ameerah Yusli, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian; Muhammad Arif Zakaria, Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi Islam) Dengan Kepujian; Puteri Nurul Faezzah Kiflee, Diploma Pengajian Islam; Aizullah Aman, Diploma Syariah; dan Zaid Alhakeem Ahmad Farid, Diploma Bahasa Arab. - KitaReporters


12
9
0
13
0

Copy Link: