Bertuahnya anak Pahang! Dapat bantuan RM200 sambung belajar! RM2.8j bagi bantu lebih 14,000 pelajar!

Published by
KitaReporters


ISU PENDIDIKAN sering dititikberatkan kerana melalui pendidikan sahaja seseorang itu mampu mengubah nasibnya.

Namun kadang-kadang faktor kewangan menjadi penghalang utama untuk anak-anak muda meneruskan pengajian berikutan datang dari keluarga kurang berkemampuan.

Mengambil tanggungjawab itu kerajaan negeri Pahang berhasrat untuk membantu meringan beban anak-anak kelahiran negeri itu yang mendapat menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pendidikan



Lebih membanggakan bukan sahaja kepada golongan kurang berkemampuan sahaja tetapi seluruh anak Pahang yang yang terpilih melanjut pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menerima Bantuan Prihatin Pahang bernilai RM200.

Malah, kerajaan negeri memperuntuk lebih RM2.8 juta untuk tujuan berkenaan dan memberikan peluang kepada 14,168 anak-anak kelahiran Pahang menerima bantuan berkenaan

Agihan berkenaan sepatutnya akan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

 “Awalnya proses agihan dibuat di universiti supaya kepimpinan negeri dapat bertemu, bertanya khabar dan melihat sendiri situasi kehidupan mereka di sana.”

“Memandang ketika ini kebanyakan mereka sedang bercuti (cuti semester), jadi kerajaan negeri ambil inisiatif turun padang ke daerah-daerah untuk menyampaikan bantuan ini kepada penerima,” kata Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad seperti dipetik akhbar tempatan, pada 28 September 2022.



Buat masa ini, Kuantan mencatatkan jumlah penerima tertinggi dengan 5,483 pelajar diikuti Temerloh (1,340 pelajar), Pekan (961 pelajar), Jerantut (923 pelajar), Maran (809 pelajar) dan Rompin (635 pelajar).

Bagi daerah Bentong, seramai 550 pelajar tersenarai sebagai penerima bantuan ini manakala daerah Raub (519 pelajar), Lipis (509 pelajar), Bera (463 pelajar), Kuala Krau (433 pelajar) dan Cameron Highlands (43 pelajar).

Semoga bantuan yang diberikan bukan sahaja mampu meringankan beban tetapi juga terus bersemangat dan berusaha lebih keras dalam mencapai cita-cita.

Tahniah anak-anak Pahang! - KitaReporters


 

11
9
0
10
0

Copy Link: