Jom kita! Hari Terbuka MMU! 29 & 30 Jun 2024 di Kampus Cyberjaya! Pelajar lepasan SPM dipelawa hadir!

Published by
KitaReporters


Universiti Multimedia (MMU) menjemput orang ramai untuk hadir ke Hari Terbuka MMU yang diadakan di kampus Cyberjaya pada 29 dan 30 Jun 2024 ini.

Hari terbuka ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan informasi daripada kaunselor dan para pensyarah tentang program-program yang ditawarkan di MMU.

Ia seterusnya membolehkan mereka meneroka pengajian pada peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Kreatif Multimedia, Kejuruteraan, Pengurusan, dan lain-lain.

MMU mempunyai hampir 16,000 pelajar, termasuk lebih 1,600 orang adalah pelajar antarabangsa dari 73 buah negara. 

Graduan MMU mempunyai kebolehpasaran yang tinggi kerana kajian Graduate Tracer Study oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapati lebih 97 peratus graduan MMU mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka. 

Baru-baru ini, MMU turut dianugerahkan dengan Anugerah Universiti Pilihan Majikan (ECU) oleh Talentbank yang mana ia telah mengukuhkan lagi reputasinya di kalangan industri Malaysia.



Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, orang ramai boleh mengunjungi kemudahan-kemudahan di kampus MMU seperti bilik kuliah, makmal, dan asrama semasa Hari Terbuka ini. 

“Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir pada Jun ini, boleh lah hadir ke Hari Terbuka MMU di kampus Melaka pada 20 dan 21 Julai 2024,” tambahnya.

Sertai Hari Terbuka MMU untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik, kemudahan penginapan, biasiswa, dan yuran program asasi dengan kadar istimewa serendah RM6,500 untuk kemasukan Julai 2024 (tidak termasuk program Undang-Undang).

MMU telah melahirkan ramai alumni berjaya dan menerajui industri seperti Nizam Razak (Pengarah siri animasi, Boboiboy), Ghazali Abu Bakar (pengarah filem terkenal), Muhammad Usamah Zaid Yasin (Pengarah Siri Animasi, Ejen Ali), dan Dato’ Dr. Nazri Khan (CEO Berjaya Inter Pasific Asset Menagement).

Untuk maklumat lanjut, layari www.mmu.edu.myvuntuk butiran lanjut. - KitaReporters/MMU

12
6
0
17
0

Copy Link: