Permohonon boleh dilakukan dengan klik pada link berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137
Antara pembiayaan yang disediakan sekiranya menyambung pengajian di KUIPs.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) memutuskan untuk melanjutkan pendaftaran ambilan Julai 2024 program Asasi kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rektor KUIPs  Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, tujuan lanjutan tarikh untuk sesi pendaftaran sehingga 5 Julai 2024 ini adalah atas permintaan pelajar yang gagal mendapat tawaran selepas keputusan UPU yang dikeluarkan pada 28 Jun 2024 lalu.

“Kita beri peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sini untuk hadir dan mendaftar program pengajian asasi yang ditawarkan selama setahun atau tiga semester,” ujar beliau.


Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian boleh memilih Asasi Pengajian Islam atau Asasi Muamalah.

Katanya, selepas setahun pengajian mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pengajian Islam dan yang berkaitan di kampus ini juga.

Dr Muhamad Rozaimi menambah selepas pengajian asasi mereka boleh memilih untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, Syariah (Ekonomi), Hadith, Bahasa Al-Quran dan Sunnah, Al-Quran, Perbankan dan Kewangan Islam, Pengurusan Muamalat, Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Perniagaan Antarabangsa, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Sains Komputer (Sains Data) dan Pentadbiran Perniagaan mengikut terma dan syarat kelayakan.

Program Asasi Muamalah dan Asasi Pengajian Islam yang ditawarkan ini membolehkan mereka menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda KUIPs atau di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain tanpa perlu mengambil diploma.


Peluang pengajian program ijazah sarjana muda juga ditawarkan.

KUIPs adalah institusi pendidikan milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan ditubuhkan pada 3 Mac 2013 oleh Kerajaan Persekutuan dan mempunyai empat Fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Fakulti Muammalat dan Kewangan Islam, serta Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Sepanjang pengajian di KUIPs mereka turut ditawarkan biasiswa untuk sesi Julai dan September 2024 ini. Pengajian, penginapan dan elaun sara diri juga diberi kepada mereka yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di KUIPs

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di KUIPs, bolehlah memohon dengan melayari pautan https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137. - KitaReporters


Pensyarah KUIPs sentiasa bersedia membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan KUIPs.

10
13
0
18
0

Copy Link: