Orang ramai dijemput hadir! MMU anjur Hari Terbuka! 8-9 Julai & 15-16 Julai! Pengambilan Julai 2023!
Published byUniversiti Multimedia (MMU) akan menganjurkan acara tahunannya iaitu Hari
Terbuka pada 8-9 Julai di
Kampus Melaka Campus, dan 15 – 16 Julai 2023 di Kampus Cyberjaya untuk sesi
pengambilan Julai 2023.
Tahun ini (2023), MMU menawarkan yuran istimewa RM6,500 untuk program Asasi kecuali jurusan Undang-Undang.
Selain berpeluang bertemu dengan para kaunselor dan pensyarah untuk bertanya tentang program akademik, para pengunjung juga boleh melihat secara dekat pelbagai kemudahan disediakan dalam kampus seperti bilik kuliah, makmal, asrama dan lain-lain.
Orang ramai turut berpeluang mendapatkan informasi mengenai biasiswa atau bantuan kewangan pada Hari Terbuka itu.
MMU menawarkan program pada peringkat prasiswazah dan siswazah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Kejuruteraan, Multimedia Kreatif, Perniagaan dan Kewangan, Seni Senimatik, Komunikasi Strategik serta Undang-Undang.
Ketika ini, MMU mempunyai hampir 15,000 pelajar yang mana lebih 1,300 daripada mereka adalah pelajar antarabangsa dari 68 negara.
Setakat ini, MMU telah melahirkan kira-kira 70,000 graduan yang memiliki kebolehpasaran tinggi dan digemari majikan selain menjadi usahawan yang mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai industri.
Contoh alumni MMU yang telah mencipta impak dan pemain utama dalam industri ialah seperti Nizam Razak (Pengarah siri animasi, Boboiboy), Ghazali Abu Bakar (pengarah filem terkenal), Muhammad Usamah Zaid Yasin (Pengarah siri animasi, Ejen Ali), Dr. Kevin Koay (salah seorang saintis yang menemui Black Hole di angkasa lepas) dan banyak lagi.
Orang ramai juga boleh melawat kampus MMU di Melaka dan Cyberjaya sepanjang Julai 2023 untuk mendapatkan informasi kursus-kursus yang ditawarkan oleh MMU.
Sesi kemasukan Julai 2023 akan bermula dengan Hari Orientasi pada 29 Julai manakala kelas akan bermula pada 7 Ogos 2023. - KitaReporters/MMU