Cafe Cikha FC melakukan kejutan apabila muncul juara setelah menewaskan Entech FC dalam pertarungan sengit bagi merebut Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT, pada 29 Jun 2024.

Kekalahan Entech FC dengan bolos satu gol memberi laluan mudah kepada pasukan Cafe Cikha FC merangkul gelaran juara, sekali gus membenamkan tujuh pasukan yang lain.

Penyelaras kejohanan, Layalia Rameli berkata penganjuran itu sebagai pentas mencungkil bakat pelajar dalam sukan bola sepak.

“Kejohanan ini bukan sahaja melibatkan pemain, ia turut memberi peluang kepada pelajar lain dalam menguruskan acara pertandingan sukan, dan pengalaman ini sangat berguna khususnya mahasiswa dalam menimba pengalaman untuk digunakan di alam pekerjaan kelak.

“Kita mahukan mahasiswa yang bukan hanya cemerlang akademik, malah seimbang dengan kecemerlangan kokurikulum selain bertindak sebagai pentas untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak," katanya.

Penganjuran itu turut menyaksikan Megat Quzair Naufal Azahar dari Cafe Cikha FC diangkat sebagai pemain terbaik, manakala Muhammad Zam Firdaus Mohmad Nizam dari SUKSIS FC dinobat sebagai penjaring terbanyak secara keseluruhan.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan bola sepak itu iaitu STEM K5, Entech FC, Cafe Cikha FC, Limbong United, Maths K5, Army FC, SUKSIS FC dan Navy FC. - KitaReporters/Kenyataan Media



13
21
0
11
0

Copy Link: