Untungnya! 21 unit penapis air dipasang di kampus KUIPs! Untuk kegunaan pelajar, staf dan pelawat!
Published bySiswi kampus menggunakan mesin penapis air yang dipasang.
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pembelian mesin penapis air ini adalah hasil sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Bushra serta Etiqa Takaful Berhad.
Katanya, pemasangan penapis air sejak November 2023 lalu yang telah diusahakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) pastinya memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan staf di dua buah kampus KUIPs malah pelawat ke universiti ini juga boleh menggunakannya.
Sebanyak 21 unit mesin penapis air
dipasang di Kampus KUIPs Kuala Perlis dan Kampus KUIPs Pauh.
Pihak KUIPs memang mengalu-alukan sumbangan masyakarat kepada universiti ini kerana Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain" (HR. Al-Tabarani).
Berdasarkan hadis itu, manusia yang dimuliakan oleh Allah SWT ialah yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.
Terdahulu Prof Dr Muhamad Rozaimi meninjau pemasangan mesin penapis air di Bangunan Canselori dan laluan ke bilik kuliah.
Turut bersama beliau ialah Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar & Alumni KUIPs, Dr Mohd Aizul Yaakob dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Mohd Hanif Mohammadan. - KitaReporters/KUIPs