Seorang peserta sedang berdebat

AKTIVITI berdebat memerlukan kemahiran penaakulan mantik yang tinggi dan dipercayai mampu membina dan menonjolkan kematangan individu untuk berhadapan dengan pelbagai isu dan situasi. 

Melihat betapa pentingnya ilmu ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengangkat aktiviti debat sebagai salah satu medium bagi membangunkan bakat kepimpinan mahasiswa masa hadapan yang mampu berfikir secara kritis dan inovatif.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan debat

Dr. Hafiz Zakariya


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya berkata, penganjuran Pertandingan Debat Piala Naib Canselor (DPNC) UMT yang bermula pada 17-19 Jun 2022 lalu dilihat telah berjaya meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu dan dasar-dasar semasa berkaitan alam sekitar pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya, sepanjang pertandingan DPNC, usul-usul debat yang dibahaskan bertemakan isu semasa alam sekitar adalah selari dengan bidang tujahan UMT yang mahu dilihat sebagai sebuah intitusi pengajian tinggi yang dalam unggul melestarikan sumber akuatik negara.


Seorang peserta sedang menyampai hujah bagi pihak pasukan pada sesi berdebat di UMT


Pada pentas akhir pertandingan DPNC UMT itu, usul yang dibahaskan adalah "Mitigasi Perubahan Iklim: Bagai Mencurah Garam ke Laut”

Pasukan dari program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) telah menewaskan pasukan dari Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih).

Manakala, Arveend Phraseart A/L Ma Noon telah diumumkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir ini. 


Perbincangan berkumpulan mengenai isu-isu yang akan disampaikan pada sesi debat


Walaupun peserta yang membahaskan tajuk pada peringkat akhir ini merupakan pelajar yang bukan berlatarkan program yang berkaitan alam sekitar, namun mereka dilihat mampu menunjukkan kematangan dan kecelikan mereka akan isu terkait dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

Menurut Ketua Hakim pertandingan akhir, Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, beliau berpandangan bahawa pertandingan seumpama ini amat penting dalam membudayakan aktiviti debat dalam kalangan mahasiswa.

Tambah beliau yang merupakan alumni debat UMT tahun 2011, kesempatan pertandingan turut digunakan untuk mengumpulkan rakan alumni debat yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk kembali menyumbang kepada pembangunan universiti. - KitaReporters


Perbincangan dalam pasukan penting dalam debat menjawab isu debat


11
10
1
11
0

Copy Link: