Bas UniSZA bersiap sedia untuk membawa pelajar.


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah membuat persiapan sepenuhnya bagi menerima kemasukan semula seramai 2,500 pelajar sedia ada ke kampus universiti itu bermula Jumaat, 15 Oktober 2021. 

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fazli Adam berkata, persiapan telah berjalan lancar seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Malah, semua tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Besut dan Perubatan, Kuala Terengganu bersedia menerima kehadiran mahasiswa untuk kembali meneruskan kehidupan ke kampus secara fizikal.


"Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UniSZA

Kampus induk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak di Kuala Terengganu.


Katanya, warga kampus mengalu-alukan kepulangan pelajar, walaupun tidak semua, namun, suasana kampus pasti sedikit berubah walaupun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang ketat seperti yang ditetapkan oleh KPT.

Kemasukan pelajar ke kampus berkenaan adalah secara berperingkat-peringkat bagi yang lengkap divaksin serta membabitkan mereka yang berkeperluan.

Beliau berkata, bagi kemasukan fasa 1 iaitu pada 15 Oktober 2021 adalah membabitkan pelajar yang memerlukan PdP secara bersemuka, manakala Fasa 2 pula bermula 28 Oktober adalah pelajar dari kategori berkeperluan lain.

Sementara itu tegas beliau,  Fasa 3 pula pelajar bukan kategori berkeperluan yang akan masuk pada 13 November 2021.

“Proses PdP akan dilaksanakan secara hibrid dengan pematuhan SOP seperti yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), manakala kursus atau program yang dijalankan secara dalam talian, pelajar boleh memilih untuk meneruskan PdP dari lokaliti masing-masing,” katanya.


Petugas keselamatan UniSZA turut membuat persiapan sempena kemasukan semula pelajar ke universiti tersebut


Prof. Dr Fazli menambah,  UniSZA sentiasa mematuhi dan mengikut arahan KPT, MKN serta Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kampus. 

Beliau turut memaklumkan, seramai 1,961 orang pelajar baharu sudah  menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) secara dalam talian yang bermula 10 Oktober 2021 sehingga 13 Oktober 2021.

"Kita semua mengharapkan anak-anak yang baharu dapat  enyesuaikan diri di kampus apabila mendaftar secara fizikal di sini (Gong Badak),"ujarnya.

Katanya, pelajar baharu sarjana muda ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 16 September 2021 dan mereka boleh masuk ke kampus pada Fasa 2 jika berkeperluan.

 “Insya-Allah kita akan menerima lagi jumlah pelajar baharu yang telah memohon bagi fasa rayuan dan sedang diproses oleh pihak KPT,” katanya. - KitaReporters


Semoga kehadiran mahasiswa ke kampus memudahkan urusan pengajian.

7
9
1
9
1

Copy Link: