LEBIH 100,000 orang menyaksikan perasmian Seminar Kesukarelawanan Kebangsaan melalui platform Facebook (FB) Live. Seminar bertemakan Normal Baharu Kesukarelawanan sempena Hari Kesukarelawanan Antarabangsa ini berlangsung di Dewan School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. : KitaReporters 



Lagi cerita-cerita berkaitan Universiti Utara Malaysia:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang merasmikan program pada 5 Disember 2020 itu berkata, perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dengan adanya semangat kekitaan dan perpaduan kaum yang subur di kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, semangat tersebut boleh disemaikan melalui aktiviti-aktiviti kesukaralewan dengan menyertai pelbagai pertubuhan dan kelab yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. 


Dr. Mohamed Mustafa Ishak merasmikan seminar.


"Platform ini dapat memberi ruang kepada mereka sebagai pemimpin pelajar dan mengadakan interaksi secara bersemuka atau melalui webex dan online termasuk mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Pandemik Koronavirus (COVID-19) ini," katanya lagi.

Dr Mohamed Mustafa menambah komuniti yang dibentuk ini harus membantu masyarakat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk ilmiah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Sukarelawan yang menawarkan diri untuk menyertainya perlu bersedia dalam semua aspek sekiranya ingin membantu masyarakat ketika musim banjir atau terlibat dengan kerja kemasyarakatan lain antaranya bencana, membantu mengumpul dana dan lain-lain lagi. 


Dari kiri YDP MPP UUM, Dekan HEP UUM, TNC HEPA UniMAP, TNC HEPA UUM dan Pengarah Kaunseling UUM yang menghadiri seminar itu.


Seminar Kesukarelawanan Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 anjuran UUM dengan kerjasama JPT dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) ini merupakan satu badan komuniti yang bergerak di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali yang mewakili Naib Canselor UUM berkata, Seminar Sukarelawan Kebangsaan itu bertujuan untuk melihat fungsi sukarelawan pelajar sebagai 'frontliner' bagi membantu individu lain yang ditimpa musibah.

Menurutnya, sebagai seorang sukarelawan, kita perlulah merancang dengan teliti dan teratur program-program yang melibatkan kesepaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sukarelawan pelajar perlulah lebih kreatif berfikir dan bertindak dalam melaksanakan program dan operasi pasca bencana. 


Nur Heliza Helmi aktivitis kemanusiaan dan selebriti turut diundang sebagai penceramah.


Dr Mohd Suzeren Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pendidikan Tinggi berinteraksi secara online melalui Fb Live.


"Sekiranya anda gagal berfikir dan bertindak secara kreatif, halangan yang mendatang menjadi sukar untuk ditempuh menyebabkan agenda dan objektif utama kesukarelawanan terganggu.

"Aktiviti kesukarelawanan ini tidak hanya terbatas di dalam negara sahaja malah ke peringkat yang lebih global. Pelajar juga perlulah mempunyai jaringan networking yang meluas supaya sentiasa memperkasakan kemahiran dan pengetahuan dengan lebih meluas dalam sukarelawan ini," katanya.

Seminar tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Malaysia Perlis  (UniMAP) merangkap Pengerusi MASKUM, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan. - KitaReporters

Perasmian Seminar Kesukarelawanan Kebangsaan melalui Facebook live di Dewan School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) SMMTC UUM Sintok, Kedah.

4
1
0
0
0

Copy Link: