Sumbang amal PIBG SK Simpang Ampat, KitaReporters! Agihkan kain batik, pelikat! Untuk warga sekolah!
Published byPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Ampat, Perlis dengan kerjasama pihak sekolah serta portal berita KitaReporters telah menganjurkan program sumbang amal khas sempena bulan Ramadan dengan menyampaikan sumbangan kain batik dan kain pelikat kepada warga sekolah.
Program ini mendapat sokongan penuh daripada Yang Dipertua PIBG SK Simpang Ampat, Prof Madya Dr Nor Hasimah Ismail yang menyifatkan inisiatif ini sebagai tanda penghargaan kepada tenaga kerja sekolah atas dedikasi mereka dalam mendidik pelajar.
"Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru dan staf sekolah malah turut menyemai semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti sekolah," katanya.
Yang Dipertua PIBG SK Simpang Ampat, Prof Madya Dr Nor Hasimah Ismail.
Guru Besar SK Simpang Ampat, Syagul Yuhanis Mohd Yusof.
Guru Besar SK Simpang Ampat, Syagul Yuhanis Mohd Yusof berkata, program ini amat bermakna dalam menyemarakkan keindahan Ramadan serta memberi manfaat kepada seramai 105 warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kategori tenaga kerja.
"Sumbangan ini melibatkan guru, anggota sokongan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan serta guru praktikum yang semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi sekolah," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Editor KitaReporters, Gamal Nasir Mohd Ali berbangga dengan usaha murni terutama pada bulan puasa ini.
Katanya, usaha sebegini perlu diteruskan bagi menyokong komuniti pendidikan serta memperkukuhkan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Staf pekerja pembersihan sekolah SK Simpang Ampat turut menerima sumbangan daripada YDP PIBG.
Selain daripada pemberian sumbangan kain batik dan kain pelikat, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan sepanjang Ramadan 1446H/2025M ini, antaranya ialah program Ihya Ramadan yang merangkumi majlis berbuka puasa bersama murid asnaf, bacaan al-Quran serta pembacaan 40 hadith yang diadakan setiap hari Jumaat sepanjang tahun.
Dengan kejayaan penganjuran program ini, PIBG berharap lebih banyak inisiatif kebajikan dapat direalisasikan pada masa akan datang demi memperkukuhkan hubungan komuniti sekolah dan menanamkan nilai keprihatinan dalam kalangan generasi muda. - KitaReporters
Pengawal keselamatan sekolah juga tidak dilupakan dalam program yang dianjurkan ini.
