Ahmad Othman menandatangani plak tanda perasmian.

Majlis Perasmian Sultan Sallehuddin Resource Centre (SSRC) @ Digital Library atau Perpustakaan Digital @ Pusat Sumber Sultan Sallehuddin telah berlangsung di Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah pada 16 Februari 2025.

Perpustakaan digital di kolej prauniversiti ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa akses kepada ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan era digital dan transformasi pendidikan masa kini.



Guru-guru Kolej Tingkatan Enam menyaksikan majlis perasmian secara langsung.

Pengarah Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Ahmad Othman yang merasmikannya menekankan akan kepentingan teknologi dalam meningkatkan keupayaan pembelajaran serta penyelidikan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

Katanya, perpustakaan digital ini akan menjadi pusat rujukan utama bagi warga kolej dan masyarakat setempat, sekali gus menyokong agenda pendigitalan dalam sektor pendidikan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Hadami Hamid, Penolong Kanan;  Zaini Mariah Md Rejab, Penolong Kanan HEM; Penolong Kanan Kokurikulum, Khairani Zainor; Ketua-Ketua Bidang;  Ketua-Ketua Unit; guru-guru; dan pelajar-pelajar kolej ini.  

Majlis yang secara langsung (live) ini turut disaksikan oleh 500 pelajar melalui platform digital. 


Ahmad Othman menjadi tetamu rancangan yang dihoskan.


SSRC Digital Library yang dirasmikan ini akan menjadi pusat sumber rujukan dalam bentuk elektronik yang boleh diakses dari mana-mana sahaja dan dijangka akan memberi manfaat besar kepada pengguna dalam memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Majlis ini diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti SSRC Digital Library serta demonstrasi penggunaan platform digital yang baharu diperkenalkan.

Moga dengan perasmian ini diharapkan lebih ramai pelajar dan masyarakat akan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka. - KitaReporters 


Penyampaian sijil kepada mereka yang terlibat dalam program ini. 


Gambar kenangan selepas majlis perasmian.
10
15
0
11
0

Copy Link: