Video| Faedah takaful! Anak pegawai tadbir UUM terima RM82k! Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas!
Published byNUR Fathiah Atiqah Affendy, 20, anak Pegawai Tadbir di Jabatan Pendaftar Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham Affendy Muhammad menerima replika cek Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas yang berjumlah RM82,000 di UUM pada 7 Ogos 2022 lalu.
Majlis penyampaian cek itu dilakukan oleh Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah kepada Nur Fathiah Atiqah dan disaksikan oleh Naib Presiden Corporate Solution Departmment Takaful Ikhlas Suhaimi Ismail dan Pendaftar UUM Ahmad Rasidi Abdullah.
Nur Fathiah Atiqah hadir bagi pihak ibunya, Norashida Halim. Allahyarham Affendy meninggal dunia kerana sakit.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insurans takaful
Prof Dr Haim Hilman Abdullah kepada Nur Fathiah Atiqah dan disaksikan oleh Suhaimi Ismail (dua dari kiri) dan Ahmad Rasidi Abdullah (dua dari kanan).
Haim Hilman dalam ucapannya berharap wang yang diterima ini akan membantu keluarga ini nanti.
Katanya Skim Takaful Berkelompok MKSK ini mula diperkenalkan di UUM pada 2018 dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke-250 Bil 10/2018 untuk mempromosikan skim isurans ini kepada staf universiti.
“MKSK (Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan) hanya menjadi penaung dan pemegang polisi induk sahaja dan tidak terlibat dalam hal-hal berkaitan tuntutan staf, sijil penyertaan, penyata cukai pendapatan dan perihal dokumen lain,” ujarnya lagi.
Skim ini adalah untuk menjaga kebajikan staf, ahli keluarga serta waris dengan memberi perlindungan kepada waris jika pencarum ditimpa penyakit, musibah dan kematian.
Polisi Induk Skim Takaful MKSK ini diaktifkan sejak 01 Jun 2019 dengan penyertaan awal staf dan ahli keluarga berjumlah 630 orang dan kini meningkat kepada 1,092 orang.
Manakala jumlah tuntutan manfaat yang telah diterima oleh staf mulai tahun 2020 sehingga kini berjumlah RM96,920.
Oleh itu, Dr Haim Hilman menyarankan mereka yang belum menyertainya boleh mendapatkan penjelasan dan maklumat mengenai skim ini nanti.
Nur Fathiah Atiqah Afendy 20 menerima replika cek Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas yang berjumlah RM82,000.
Sementara itu Naib Presiden Corporate Solution Departmment Suhaimi Ismail dalam ucapan aluannya berkata, seramai 1,092 orang telah mencarum dalam skim ini meliputi pegawai 526, pasangan 303 dan untuk anak-anak berjumlah 263 caruman.
“Caruman ini membolehkan mereka mendapat manfaat kematian, khairat kematian dan elaun hospital,” sambungnya. - KitaReporters/UUM
Naib Presiden Corporate Solution Departmment Takaful Ikhlas Suhaimi Ismail berucap dimajlis itu.