Syabas Yayasan Mr DIY! Lancarkan program biasiswa pertamanya! Dua pelajar UTAR diumum penerima!
Published byYayasan Mr DIY telah melancarkan program biasiswa pertamanya bagi menyediakan sokongan yang amat diperlukan kepada rakyat Malaysia yang mencari bantuan kewangan dalam usaha mereka melanjutkan pendidikan.
Program Biasiswa Yayasan Mr DIY bertujuan untuk menyokong mahasiswa dan mahasiswi yang layak dengan rekod akademik, kepimpinan dan perkhidmatan masyarakat yang cemerlang dengan mengurangkan beban kewangan mereka.
Yayasan tersebut mengumumkan dua penerima pertamanya iaitu Cheong Wai Kee, yang sedang melanjutkan pelajaran untuk Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam bidang Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, dan Tan Zhi Liang, yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dalam bidang Perakaunan.
Kedua-duanya adalah pelajar semester ke-4 dan semester ke-2 di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar, Perak.
Pelajar UTAR, Tan Zhi Liang (kiri) and Cheong Wai Kee [kanan] adalah dua penerima pertama Yayasan Mr DIY.
Mengumumkan pelancaran program biasiswa tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata, "Di Yayasan Mr DIY, kami percaya dengan kuasa transformasi pendidikan, dan kami komited untuk memberi peluang kepada para pelajar yang berbakat untuk merealisasikan potensi mereka.
"Program biasiswa ini menyediakan bantuan kewangan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mempamerkan kecemerlangan akademik yang tinggi, keupayaan kepimpinan, dan dedikasi yang tinggi dalam khidmat masyarakat.
"Cheong Wai Kee dan Tan Zhi Liang mempunyai kesemua kualiti yang kami cari, dan kami berharap pengiktirafan dan sokongan daripada Yayasan Mr DIY ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia di Malaysia untuk berusaha meraih kejayaan yang sama.
"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan impak yang positif kepada kehidupan belia di Malaysia, memperkasakan mereka untuk menjadi pemimpin dan pencetus perubahan yang seterusnya akan menghasilkan impak kepada negara dan masyarakat kita untuk generasi yang akan datang," tambah Zaleha.
Yayasan Mr DIY memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, kesihatan, pembangunan kapasiti, dan pemupukan seni dan budaya.
Ditubuhkan pada Jun 2023, yayasan ini komited untuk mewujudkan impak yang positif kepada semua rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yayasan Mr DIY, sila layari https://www.mrdiy.com/project?year=2024. - KitaReporters/Kenyataan Media