Pek Kembali Ke Sekolah McDonald's bernilai RM72,000! Untuk 1,200 murid sekolah rendah Pulau Pinang!
Published bym
Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak memotong reben pada majlis perasmian restoran terbaharu McDonald’s Malaysia (McD) di Batu Kawan, Pulau Pinang. - Kredit foto: N08 Soon Lip Chee.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, bersama Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia (McD) telah merasmikan cawangan terbaharu McD di Batu Kawan, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 13 Disember 2022.
McD cawangan ke-27 di P.Pinang itu terletak berdekatan IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang dengan berkeluasan 35,000 kaki persegi, mampu memberikan perkhidmatan (makanan segera) kepada komuniti setempat kira-kira 164,468 orang (banci 2020) untuk mendapatkan menu keluarga Malaysia yang sihat, lazat dan enak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mcdonald's Malaysia
Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, bergambar beramai-ramai dengan sebahagian penerima beg sekolah baharu sempena program ‘Kembali ke Sekolah’ dan krew restoran McDonald’s Pandu-Lalu di Batu Kawan, Pulau Pinang. - Kredit foto: FB McDonald’s Malaysia
Sempena majlis pembukaan yang diadakan itu, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia telah menyumbang Pek Kembali Ke Sekolah bernilai RM72,000 kepada 1,200 kanak-kanak sekolah rendah daripada latar belakang keluarga kurang berkemampuan (B40) di Pulau Pinang. Inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar, selain memberi motivasi kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baru.
Pada tahun 2022, sejumlah RM1.5 juta berjaya dikumpul bagi menyediakan 25,000 Pek Kembali Ke Sekolah untuk diagihkan kepada para pelajar di seluruh negara. Pek ini akan
diagihkan secara berperingkat sehingga
Mac 2023, sebelum sesi persekolahan bermula.
McDonald’s juga menunaikan zakat korporat berjumlah RM250,000 kepada Zakat Pulau Pinang di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan. Jumlah tersebut merupakan jumlah terbesar pernah dibayar kepada Negeri Pulau Pinang.
Sehingga kini (sejak enam tahun), McDonald’s Malaysia membayar zakat sebanyak RM9.85 juta kepada
negeri-negeri di seluruh negara sejak syarikat mula membayar zakat pada 2017.
“Menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi restoran sememangnya sudah menjadi satu kewajipan bagi kami. "Dengan pembukaan McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan dan tiga lagi restoran yang bakal dibuka di Nibong Tebal, Relau dan Air Itam, kami berharap dapat meningkatkan lagi sumbangan kami kepada ekonomi tempatan melalui kira-kira 300 peluang pekerjaan untuk warga Pulau Pinang,” kata Azmir.
Pembukaan McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan merupakan sebahagian daripada perancangan pertumbuhan syarikat di negara ini.
Dengan lebih 330 restoran di seluruh negara, McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka sehingga 500 restoran menjelang 2026. - KitaReporters
Restoran McDonald’s cawangan terbaharunya di Batu Kawan, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang memertabatkankan tulisan jawi di papan tandanya. - Foto kredit: FB Permata Kristal.
Sumber:
Facebook McDonald’s Malaysia.
Facebook Zakat Pulau Pinang.
https://siakapkeli.my/2022/12/15/mcdonalds-malaysia-rai-pembukaan-restoran-pandu-lalu-di-batu-kawan/