Usia dah 71 tahun tapi tetap gigih beri motivasi! Cikgu Mustafa bagi ceramah di 3 sekolah di Kudat!
Published byAntara pelajar-pelajar di sekolah Kudat yang menyertai ceramah motivasi oleh Cikgu Mustafa Ibrahim.
Walaupun
sudah bersara, nama Cikgu Mustafa Ibrahim, 71, tetap gah dalam dunia pendidikan,
khususnya di Perlis.
Semangat beliau untuk terus berbakti tidak pernah luntur apabila baru-baru ini beliau berkesempatan menyampaikan ceramah motivasi di tiga buah sekolah di Kudat, Sabah.
Dengan pengalaman luas dalam bidang pendidikan, Cikgu Mustafa berjaya menyuntik inspirasi dan semangat kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan.
Cikgu Mustafa Ibrahim, seorang guru dan pakar motivasi yang masih aktif dengan kerja kebajikan untuk memberi bimbingan kepada anak-anak Malaysia.
Keikhlasan dan dedikasi beliau dalam membimbing generasi muda terbukti apabila sesi ceramah yang diadakan mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar dan guru-guru yang hadir.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dapat terus menyumbang kepada dunia pendidikan. Melihat sinar harapan dalam mata pelajar-pelajar ini memberikan saya kepuasan yang tidak ternilai," ujar beliau.
Warga guru juga turut menyertai ceramah motivasi Cikgu Mustafa.
Meskipun
berada dalam bulan Ramadan, ia bukan penghalang buat Cikgu Mustafa untuk terus
menyebarkan ilmu dan motivasi.
Semangat beliau membuktikan bahawa niat yang tulus dan keazaman yang tinggi mampu mengatasi segala cabaran, termasuk berpuasa dalam keadaan aktif menyampaikan ceramah.
Antara pelajar sekolah itu menunjukkan semangat dengan motivasi beliau.
Langkah
Cikgu Mustafa ini wajar dijadikan contoh kepada golongan pendidik lain agar
tidak berhenti menyumbang kepada pembangunan ilmu, walaupun selepas bersara.
Jasa dan dedikasi beliau dalam dunia pendidikan pastinya akan terus dikenang dan dihargai. - KitaReporters