UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bukan sahaja cemerlang melahirkan pelajar dalam pelbagai bidang akademik, malah pusat pengajian terkenal di Pantai Timur itu turut dapat bermegah dalam bidang sukan negara apabila melahirkan atlet sukan. 

Dua orang atlet UniSZA iaitu Nur Aina Yasmine Halim (Pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan) dan Iman Aisyah Norazam (Pelajar Fakulti Sains Kesihatan) akan bersama skuad memanah kebangsaan bagi mewakili Malaysia ke Peringkat 1 Piala Asia 2022 (Kejohanan Ranking Dunia).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan memanah


Selain dua atlet dari UniSZA enam lagi atlet dari universiti negara ini turut terpilih mewakili negara pada kejohanan tersebut. 

Kejohanan yang akan berlangsung pada 14 hingga 19 Mac 2022 di Phuket, Thailand akan menjadi satu kebanggaan bukan sahaja kepada university itu malah kepada negara.

“UniSZA berharap penyertaan mereka pada kejohanan Piala Asia tersebut nanti dapat meraih keputusan yang cemerlang dan pulang dengan kilauan pingat buat Malaysia khasnya UniSZA,” katanya UniSZA dalam satu kenyataan.


 


Pemilihan dua atlet tersebut ke kejohanan ntarabangsa diasmbut baik oleh seluruh warga UniSZA sambil mendoakan yang terbaik buat atlet berkenaan. 

Pihak UniSZA mengucapkan Selamat Berjuang  Kepada atlet terbabit dan berharap penyertaan mereka membuahkan hasil untuk negara dan universiti. 

Kejayaan dua atlet berkenaan yang dipilih mewakili negara juga dianggap satu pengiktirafan besar pihak berkenaan kepada UniSZA khususnya dalam bidang sukan. - KitaReporters


 

 

 

15
13
0
12
0

Copy Link: