Menerusi Projek MegaChili 2021, hasrat UPM bukan hanya mahu melahirkan siswazah yang mengusahakan tanaman tetapi ia adalah tapak asas untuk melahirkan siswazah menghargai pertanian.


KALAU namanya orang Malaysia, pasti kebanyakannya menggemari makanan pedas. Bak kata orang, kalau tak pedas tak ‘kick’ makanan tersebut.

Justeru, tidak hairanlah kenapa permintaan terhadap cili di pasaran begitu tinggi dan kesannya permintaan yang tinggi sedangkan pengeluarannya rendah, sekali gus menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport cili dari negara jiran terutama Thailand. 

Hal sedemikian memberi idea kepada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kelainan dengan menjalankan satu projek dinamakan Projek MegaChili 2021

Projek berimpak tinggi ini dijalankan susulan kejayaan Projek Mega Usahawan Tani bersama Alumni (AIMAC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).


Lagi menarik kisah berkaitan tanaman


Permintaan tinggi terhadap cili memberi idea untuk warga UPM mengusahakan penanamannya.


Projek hasil kerjasama antara Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Kolej-Kolej Kediaman, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Alumni, Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan menggunakan peruntukan kewangan Tabung Sumbangan Alumni UPM berjumlah RM45,000.00.


Menerusi projek yang dijayakan sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara warga UPM walaupun bersua secara maya.


Projek MegaChili ini akan menjadi salah satu projek yang memenuhi aspirasi teras Pelan Strategik H.E.P.A 2021 iaitu Kelestarian Pertanian. 

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Perhubungan Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan hubungan para alumni dan alma mater.

Projek yang dijalankan secara fertigasi ini mula dijalankan selama tujuh bulan bermula  Mac 2021 hingga Oktober 2022 melibatkan 10 Kolej Kediaman.

Keterlibatan itu mendapat sokongan juga dari Kolej Kediaman Sri Rajang, Bintulu, Sarawak ini akan diberikan peruntukan geran sebanyak RM5,000 sebagai modal permulaan untuk menjalankan penanaman.


Cili potong menjadi penambah rasa bagi si dia yang gemarkan makanan pedas dalam setiap hidangan yang dijamah setiap hari.


Program ini dilihat dapat memperhebatkan lagi usaha mempromosikan institusi ini baik dari segi aspek akademik dan juga bukan akademik, seiring dengan sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Projek MegaChili 2021 ini juga dilihat satu penanaman yang berbaloi apabila merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020, Kadar Sara Diri (SSR) cili hanya berada pada paras 30.1 peratus sahaja. 

Angka yang kecil ini menunjukkan permintaan dan pengeluar cili dalam negara adalah tidak seimbang. Permintaan yang tinggi namun pengeluarannya masih pada kadar yang rendah. 


Dana sebanyak RM50,000 diperuntukan dalam menjayakan projek berikutan permintaan tinggi  sepanjang tahun.

Projek ini telah melibatkan alumni secara langsung menerusi lima siri bengkel bersama barisan alumni terbaik dari Selangor hinggalah ke Johor. 

Manakala sebanyak tiga siri sembang santai bersama pelajar bacelor UPM yang mahir dan mempunyai pengalaman dalam sistem fertigasi telah diadakan kepada peserta. 

Perkongsian ilmu daripada alumni dan juga pelajar kepada pelajar ini secara langsung telah menyahut seruan al-falah dan juga lima strategi kecemerlangan UPM yang dilaungkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman antaranya memacu pertanian berteknologi tinggi dan juga membangun karekter siswazah UPM.

Menerusi siri bengkel yang selesai dijalankan, alumni-alumni ternama yang kini berkhidmat bersama Jabatan Pertanian Selangor dan Johor dijemput menjadi panel. Input-input dan program yang dapat membantu usahawan tani berjaya dikongsi dan ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Hasil daripada usaha semua pihak, projek ini juga telah berjaya mendapat pembiayaan daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor sebanyak RM20,000. Ini merupakan satu suntikan semangat untuk para peserta melakukan yang terbaik.


Polibag yang mengandungi anak benih cili diletakkan di kawasan kediman kolej di kampus UPM, Sedang.


Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud berkata, Projek MegaChili 2021 mencerminkan segala bentuk usaha dilakukan demi menjana keilmuan yang tinggi kepada pelajar dan bakal siswazah.

“Meskipun dihimpit dengan wabak pandemik COVID-19,  tidak mematahkan semangat pelajar. Dengan perkongsian ilmu daripada alumni dalam usaha seganding bersama mencitra alumni, Projek MegaChili 2021 telah berjaya menarik alumni berbakti kepada alma mater dalam perkongsian ilmu kepada para peserta dan pelajar UPM. 

“Keutamaan penglibatan projek ini adalah kepada pelajar tahun akhir atau pelajar bachelor (sarjana muda) lain yang berminat menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya pilihan.

"Menerusi Projek MegaChili 2021 ini, hasrat universiti bukan lagi hanya mahu melahirkan siswazah yang mengusahakan tapak pertanian dengan gaya biasa tetapi ia adalah tapak asas untuk melahirkan siswazah melihat bidang pertanian sebagai satu cabang kerjaya yang mencabar dan sekali gus menjadikan mereka usahawan tani yang berjaya,” tegas beliau.

Semoga usaha ini mencapai kejayaan dan lebih penting mendidik para pelajar agar berbudi pada tanah dan merasai sendiri susah-payah  petani. - KitaReporters


Bukan sahaja dijadikan penambah rasa turut berperanan sebagai pelengkap dalam hidangan bagi menambahkan aura makanan tersebut.

16
15
0
12
1

Copy Link: