HULURKAN tangan, ringankan beban. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 

Itulah yang diamalkan oleh Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) selama ini bagi membantu pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memerlukan bantuan.

Ruang demi ruang dan peluang dicari untuk menjayakan hasrat universiti dalam Sederap Melangkah Menuju al-Falah dalam bersama-sama melibatsamakan alumni untuk kelangsungan universiti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita-berita alumni


Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 


Universiti Putra Malaysia memiliki alumni yang berdaftar di portal Sistem Maklumat Alumni (AIS) di seluruh negara termasuk alumni antarabangsa seramai 136,989. Dengan taburan di Selangor sahaja mencecah 9,750 alumni.

Jumlah alumni yang ramai ini jika seorang menyumbang RM10 secara konsisten pada setiap bulan, sudah memadai untuk sama-sama menyumbang bakti kepada alma mater dalam menggerakkan pelbagai porgram termasuk biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar yang memerlukan.

Mengambil inisiatif itu, Muhazam Mansor, Pendaftar, Universiti Putra Malaysia yang juga alumni UPM telah menggerakkan satu pendanaan yang membawa kepada wujudnya biasiswa ke-19 yang dinamakan Biasiswa QKB-MPP 04.

Pendanaan ini mengambil pendekatan iaitu hanya dengan RM50 yang disumbangkan oleh setiap ahli sudah mampu menaja pelajar dan membantu mereka yang memerlukan dana kewangan untuk menuntut ilmu di menara gading.



QKB merupakan Kursus Pengkreditan Aktiviti Ko-Kurikulum Budaya dan terbahagi kepada dua semester iaitu untuk semester Mei dan November. 

Di bawah kursus ini para pelajar didedahkan dengan pengenalan budaya dan aktiviti ke arah pengenalan budaya kaum setempat serta pelbagai. Kursus ini terbuka kepada program diploma dan bacelor ini sudah diperkenalkan sejak sekian lama.

Dalam menyambut jubli emas 50 tahun UPM, alumni kelab ini semakin lama semakin bertambah dan menyedari hakikat itu, Muhazam Mansor telah mengambil peranan agar alumni dari kelab ini dapat melakukan sesuatu dalam menyumbang kembali kepada alma mater tercinta

Hasil daripada itu, Biasiswa QKB-MPP04 telah berjaya ditubuhkan dan bakal menaja pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Fudayl Omar (kiri) memberi penerangan mengenai biasiswa alumni kepada Pendaftar UPM.


“Pusat Perhubungan Alumni UPM mengalu-alukan para alumni UPM terus memainkan peranan masing-masing dalam terus menyumbang bakti kepada alma mater. Setiap sesi pengajian kami menerima permohonan daripada pelajar yang kurang berkemampuan terhadap biasiswa alumni ini sangat ramai.

“Selaku entiti yang berhubung rapat dengan alumni, setiap sumbangan yang telah diberikan oleh para alumni itu telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dan pihak penaja sendiri diberikan kebebasan untuk membuat keputusan terhadap pemilihan calon-calon yang berkelayakan,” ujar Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

Bagi sesi yang bakal memulakan sesi akademik 2022/2023 Pusat Perhubungan Alumni sudah dapat mengumpul tiga biasiswa alumni yang baharu iaitu Biasiswa Norzack, Biasiswa 2 Generasi dan juga Biasiswa QKB-MPP 04.

Memulakan sesi pendaftaran pelajar baharu bermula 5 Oktober 2022 dan dijangkakan 3,500 pelajar baharu dari pelbagai kursus bakal mendaftar di sekitar kolej-kolej kediaman.  

Pastinya ada kalangan mereka yang perlu dibantu dengan pelbagai inisiatif. 

Buat alumni yang telah berjaya, inilah peluang untuk terus menabur bakti kepada universiti dalam bersama-sama mendokong hasrat universiti iaitu ‘Melahirkan Pelajar Sebagai Sosok Warganegara Yang Baik’. - KitaReporters


Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (kanan) bersama Pendaftar UPM, Muhazam Mansor (tiga dari kanan) selaku individu yang menggerakkan keberhasilan biasiswa QKB.

11
12
0
12
0

Copy Link: