Cari peluang! UUM teroka kerjasama dengan kerajaan Melaka
Published byPENGERUSI Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Bandaraya Bersejarah Melaka baru-baru ini. : KitaReporters
Dr. Mohd Shukor Mahfar (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali Mohd Rustam (kanan).
Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak membincangkan tentang potensi kerjasama yang boleh diteroka antara UUM dan Kerajaan Negeri Melaka khususnya bagi meningkatkan lagi aktiviti pelancongan di Melaka.
Di samping itu, Kerajaan Melaka juga bersedia untuk menawarkan tempat bagi UUM mewujudkan satu pusat pengajaran dan pembelajaran atau pusat latihan mengikut bidang kepakaran di negeri itu agar usaha untuk membantu membangunkan negeri tersebut dapat direalisasikan.
Turut hadir Ketua Penolong Pendaftar di Jabatan Pendaftar, Mohd Zulkifli Mohd Noor.
Dr. Mohd Shukor Mahfar (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Ali Mohd Rustam (kanan).